Jelas tindakan mengantung dua permit penerbitan Harakah dan Suara Keadilan Rakyat sebenarnya tergesa dan tanpa berfikir panjang.
Tidak ada kajian dibuat. Tidak ada alasan yang kukuh. Hanya kerana jualan yang didakwa tidak mengikut arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Hanya alasan tersebut biasanya tiada sampai tindakan mengantung permit dibuat. Atau apakah Najib Perdana Menteri baru kita rasa cukup terancam dengan serangan berita Altantuya.
Maka tergopoh-gopoh beliau mengarahkan Hamid Albar menteri KDN tu mengeluarkan arahan mengantung permit kedua akhbar tersebut.
Geramnya Najib dengan dua akhbar itu hingga langsung tidak berfikir panjang. Mungkin kata hati Najib: "Gantung sahaja permit akhbar itu kerana sentiasa membincangkan isu Altantuya. Aku bimbang makin banyak isu itu dibincangkan makin lama rakyat boleh termakan."
Namun begitu Pak Lah ketika itu masih Perdana Menteri tidak bersetuju dengan pergantungan tersebut.
Maka digantung tiga bulan tetapi selepas itu tidak sampai sebulan Najib tarik balik.
Kata Datuk Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu, tindakan itu mengambarkan arahan politik, bukan kerana sebab yang lain.
"Ia semata arahan politik. Tidak ada dalam sejarah tindakan dibuat dalam masa beberapa hari. Ambil tindakan mengantung kemudian tarik balik dalam masa beberapa hari tidak sampai sebulan," kata Mustafa.
Beliau berkata demikian ketika berceramah di Taman Mewah, Bukit Gantang di sini.
-
0 comments:
Catat Ulasan