PAS kalah bertempur dengan PKR

>> Ahad, April 26, 2009

PAS kalah kepada PKR malam tadi dalam pertemuan dua pihak yang agak hambar.
PAS hanya mendapat dua undi berbanding PKR mendapat 5 undi.
Keh..keh..keh.
Gempak sikit beb...
Ini cerita bola malam tadi Kelantan seri dengan Selangor 1- 1 tetapi sampai bab penalti Kelantan dimalukan hanya masuk satu dan Selangor masuk empat. Kali pertama dalam sejarah tengok bola malam tadi tidak cukup seronok.
Sakit hati ada.
Pasukan kerajaan PAS iaitu Kelantan ini dia orang bukan main bola. Banyak dok nak tendang betis orang daripada main bola.
Pemain Kelantan ni pulak asyik nak marah je... Hendak cari gaduh je... Patutla bas boleh terbakar itu hari kat stadium bola di Kota Bharu.
Pemian Kelantan ini patut kena pergi kuliah sekali sekala bagi membentuk hati menghormati orang lain.
Jangan terasa dia sahaja yang lebih sebab itu suka bergaduh.
Atau kita bimbang pemimpin PAS macam tak hirau dengan pemain bola. Itu kan rakyat kita juga.
Berilah sokongan sikit puji ke sebab mereka tak pernah masuk final FA sebelum ini.
Macam Selangor dan satu lagi tu kerajaan PAS Kedah pun kaki bola. Mesra-mesra la dengan orang muda.
Takkan benda ni pun nak suruh Tok Guru turun. Kita yang rasa kanan dan ada jiwa muda sikit turun la bantu tok guru.

Benarkah pemimpin atas tak tahu projek marhean terbengkalai

Kalau benarlah apa yang dikata habis Ahli Parlimen, Menteri Wilayah dan orang kuat DBKL buat kerja apa?
Mereka tidak adu ke projek Plaza Rakyat yang mahu ganti stesen bas pudu yang telah sesak dan sudah tidak mampu tampung rakyat marhean tu terbengkali begitu lama.
Sejak zaman gawat 1997 lagi. Ada juga ahli parlimen pembangkang dok tegur projek tu bila hendak dipulihkan sedangkan projek KLIA boleh terus siap tetapi projek marhean terbengkali sampai menteri pun tak sedar.
Ya ke?
Atau saja-saja mahu tunjuk ambil cakna projek rakyat? Ini laporan lawatan Najib klik di sini. Kalau naik LRT, Pak Lah pun naik LRT.
Ya la benda baru semua tunjuk bagus tunjuk ambil kepentingan rakyat tetapi selepas tu habis.
Tetapi jangan jadi macam setengah orang PAS tu dok komen tak bertempat. Dia ni asal kira boleh komen je. Mungkin dekat mengundi orang-orang PAS ni.
Kalau Najib turun mengejut tu kan bagus. Tak sempat la pegawai nak elak apa yang dia boleh elek.
Umar pun pernah buat macam ni. Sekali-sekala kena ada rasa hendak melihat dan mendengar sendiri suara marhean. Jangan hanya tunggu daripada Ahli Parlimen pasal dia orang mengampu.

Tingkatkan kerja daftar pemilih

Hari ini saya ada kat Sabak Bernam. Dengar perwakilan berbahas di mesyuarat agung kawasan tersebut.
Ada yang membangkitkan selepas kita memerintah kenapa harus lagi ada orang kaya bertambah kaya, orang miskin bertambah miskin.
Ini bukan soal usaha masing-masing tetapi soal pemberian kerajaan kepada rakyat.
Terutama soal tanah. Keutamaan kepada orang miskin bukan individu tertentu berselindung disebalik syarikat kaut tanah kerajaan negeri.
Atau lebih baiknya berila kepada syarikat baru yang mahu maju.
Dalam pada itu Timbalan Pesuruhjaya III, Selangor, Dr Rosli yang juga ahli parlimen Hulu Langat mahu ahli PAS meningkatkan kerja menarik belia dan orang muda untuk didaftarkan sebagai pemilih atau pengundi.
"Kita tidak kerja dalam soal ini. Ini kerugian kepada kepada kita," katanya.
Memang patut TPJ nasihatkan tu supaya kita tidak leka.
Jangan jadi macam nageri ambo Terengganu tu. Menang pada 1999 tetapi kalah pada 2004 dan kalah lagi 2008.
Pasal masa menang tak jaga betul-betul. Tok Guru Haji Hadi pun kata hendak mengekalkan kemenangan lebih payah daripada hendak mencapai kemenangan.
Betul ke tidak pendapat tu. Barangkali betul kat Terengganu. Kalau negeri dah menang buat kerja betul dengan manifesto kita rasanya terus boleh menang.
Kalau dah kita kata sederhana terus kekalkan sederhana. Rasanya kita boleh memang tetapi kita dah ubah tidak sentuh lagi sederhana kerana kita mula mahu tonjolkan kemewahan akhirnya kita tersungkur.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP