Virus selesema babi serang komputer di Jepun

>> Khamis, April 30, 2009

Dalam dunia dok kecoh pasal virus H1N1, Jepun juga tidak ketinggalan. Cuma bezanya virus flu babi merebak ke negara matahari terbit itu tidak menyerang manusia.
Sebaliknya komputer jadi sasaran.
Jepun melaporkan terdapat jenis virus komputer baru yang dibawa melalui email berbahasa Jepun mengatakan file dengan judul `informasi flu babi', mula tersebar melalui jaringan internet.
National Institute of Infectious Diseases (NIID) Jepun dalam laman mayanya mengatakan, pihak beliau sudah menerima laporan tentang penyebaran email yang mencurigakan itu.
"Institut ini sudah menerima banyak laporan bahawa email itu menggunakan alamat seolah-olah dikirim dari NIID. Email yang membawa file berjudul 'informasi flu babi' itu, setelah diperiksa oleh perangkat lunak pengecek virus kami, ternyata sebuah program yang illegal," jelas NIID dalam kenyataannya kepada Irna.
NIID tidak menjelaskan virus apa yang terkandung dalam file tersebut dan kerosakan apa yang mungkin disebabkannya terhadap sistem komputer.
NIID hanya menjelaskan bahawa email mencurigakan itu dikirim secara random ke pengguna internet.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP