Tahun pemilihan PAS: Menyakit hati, menyampah amat sangat

>> Rabu, April 29, 2009

Pengalaman bekerja sebagai wartawan sebah akhbar parti memang menyeronokkan kerana jiwa perjuangan yang selari dengan tugasan harian.
Bagaimana tidak semua seronok. Kata orang mesti ada pahit kalau tidak, tidak dinamakan kehidupan.
Setiap dua tahun sekali memang perasaan menyampah hinggap dalam jiwa kerana masa itu politik gam (politik gambar), politik pub (politik publisiti) tah macam-macam politik mula wujud.
Tidak dikira pemuda ke muslimat ke petua ke sama sahaja.
Masing-masing memangsakan wartawan kalau tidak masuk story dia. Masuk story kena ada gambar. Kalau tak masuk gambar di telefon balik tanya kenapa tidak ada gambar.
Apa yang peliknya kalau bukan tahun pemilihan Muktamar Agung PAS, wartawan bertanya pun dia tidak layan. Langsung tidak mesra wartawan.
Sebaliknya kalau tahun pemilihan sudah ubah jadi mesra wartawan. Kalau mesra tu kira ok tetapi ada yang hubungi, marah-marah pasal berita tidak masuk.
Tidak mahu hubungi dia buat stement, buat wawancara, buat ulasan atau apa-apa lagi yang boleh masuk surat khabar.
Tahun ini merupakan tahun sibuk orang politik PAS kerana ada pemilihan. Kalau dulu sibuk buat repot polis pasal Umno. Sibuk buat program isi laporan. Nanti muktamar orang mahu tengok ada aktiviti atau tidak.
Ada juga yang bagus, ikhlas buat kerja tanpa tunggu tahun pemilihan. Ini kita tabik, hormat dia tetapi yang menyakit hati tu dengan perangai manusia tadi.
Sibuk dengan berniaga bila pemilihan marahkan wartawan kerana kurang buat liputan terhadapnya. Allah SWT perhati mereka ini.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP