Kabinet baru: Mana satu betul

>> Isnin, April 13, 2009

Kalau ikut kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jelas bermakna Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar macam dipermainkan PM baru itu.
Khairy sebelum itu berkata klik di sini beliau tidak kecewa kerana sebelum PM telah menjemput beliau menemuinya dan meminta beliau menumpu kepada menarik anak muda kepada Umno.
Dalam kenyataan balas PM pula berkata sebagaimana yang disiar oleh Agendadaily.com: "Kita akan bantu KJ sebagai Ketua Pemua...
Najib ketika diminta mengulas mengenai Khairy Jamaluddin yang tidak dilantik di dalam kabinet berkata, Ahli Parlimen Rembau itu masih lagi Ketua Pemuda Umno dan berpendapat ia tidak menjadi masalah kepada Ketua Pemuda itu.
" Kita akan bantu dia perkasakan Pemuda,"katanya. Sementara itu Khairy pula dalam SMSnya ketika diminta mengulas soal berkenaan berkata beliau terima dengan hati terbuka dan tetap sokong penuh Perdana Menteri walau tak dilantik dalam kabinet.”Tahniah pada rakan-rakan yang dilantik”,katanya.

Kenyataan Khairy kepada Malaysiakini.com seolah beliau diberi tanggungjawab besar sebaliknya dalam kenyataan Najib seolah menunjukkan ketidak kepercayaan kepada ketidak kebolehan Khairy dalam memberi tanggungjawab tersebut.
Atau Najib sentiasa curiga usaha Khairy kerana dibimbangi menguatkan pemuda bererti menguatkan pengaruh beliau.
Tindakan memangil Khairy untuk memberi tahu bahawa beliau diberi tugas besar mengembalikan sokongan muda kepada Umno hanya untuk melembutkan jiwa Khairy supaya tidak ada pemberontakan pemuda dengan keputusan Kabinet baru itu.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP