Ini luahan yang paling menyakit hati. Maxis dia tahu mahu ambil duit kita tetapi perkhidmatan tidak mahu baiki.
Petang semalam pergi bayar broadband Maxis mahu tamatkan perkhidmatan.
Apa yang menyakit hati perjanjian tidak adil kerana Maxis memberi perkhidmatan yang teruk sebab itu kita tengok ramai yang terbeli mahu potong balik perkhidmatan.
Bila pergi ke Maxis di KLCC rupanya ramai yang beratur hendak potong broadband.
Menyakit hati. Sungguh sakit hati. Sudah la menunggu hampir dua tahun baru dapat tamat perkhidmatan yang paling teruk.
Buat apa kita pakai broadband maxis kerana signal selalu tak dapat. Hendak buka web yang banyak grafik kena tunggu berjam-jam.
Gila punya kerja.
Duit kita dia kira mahu ambil je.
Saya 6 bulan tidak pakai broadband maxis tetapi kena bayar. Bayaran perkhidmatan yang saya tidak dapat sebaiknya.
Gila punya maxis.
Hari Celcom pula telefon saya. Pasal kita bayar tiap bulan jadi memang patut kita maki sahaja dia orang ni.
Celcom buat panggilan mahu salahkan saya punya broadband kerana tak dapat buka YM.
Saya kata kalau disebelah pagi saya dapat signal yang kuat dan boleh buka YM dan web yang ada grafik malah dapat connect forex tetapi bila malam atau petang kita sudah tidak dapat.
Volume signal mula turun rendah tidak sebagaimana sebelah pagi.
Maknanya celcom kerja dia mahu untung besar. Tidak mahu upgred dia punya perkhidmatan tetapi meluaskan jualan broadband sehingga traffik begitu teruk.
Bila kita buat aduan hendak salahkan kita. Mahu cek moden broadband la macam-macam.
Apakah kita ini membayar kepaa celcom untuk bayar dia punya alasan. bukan perkhidmatan.
Ini luahan yang hati yang marah sebab itu tulisan pun berterabur.
-
1 comments:
Salam,
Saya bekerja dgn Celcom dan ingin berikan sedikit komen.
Sebarang komplen dari customer, tentualh perlukan 'troubleshooting' dan semua informasi berkaitan akan diminta sebagai makluman asa seperti modem setting perlu di cek, status bil dsb. Selepas itu barulah dianalisa utk tindakan seterusnya. Manalah tahu, modem tiba-tiba 'hang' atau 'tergantung' dan perlu di reset, so tak bukan Celcom yg silap tapi modem tu mungkin perlu di tukar ATAU kemungkinan signal mengalami penurunan.
Dalam Teknologi 3G, bukan salah Celcom/Maxis/DiGi/U-Mobile atau sapa2 TETAPI apa yg pasti, jika semakin ramai pengguna Broadband pada satu2 kawasan, maka kemungkinan penurunan signal akan dialami kerana TEKNOLOGI 3G/WiMax memang direka begitu...
Justeru...perlu diperiksa. Saya sedia membantu tapi tuan berada di lokasi mana.
TQ
Catat Ulasan