Kesian tengok Ismail tidak disambut di surau dan masjid

>> Isnin, April 06, 2009

Kita rasa kawan kita calon BN, Ismail Saffian hendak juga tunjuk contoh yang baik maklumlah masa tengah orang dok perati nak menang lawan dengan Nizar.
Jadi masa solat tu kena lah pergi singgah masjid ke atau surau. Tetapi malang juga lihat saudara kita ni kerana setiap kali ke masjid atau surau beliau tidak disambut.
Malah selepas solat dan bersalam tidak ramai yang mahu serbu beliau untuk bersalam. Hanya orang sebelah beliau sahaja yang mampu beliau bersalam.
Peristiwa ini berlaku di Surau Al-Isyadiah, Taman Kaya, Bukit Gantang, selepas solat maghrib, semalam. Akhirnya beliau ambil jalan mudah cepat-cepat keluar dari surau.
Saya tertanya sahabat Taman Kaya, betul ke itu calon BN?
Jawab sahabat kita: "ya." Beliau juga membayangkan apa yang saya fikirkan.
Sebenar perkara seumpama ini bukan kita mahu salahkan Ismail tetapi kerajaan Umno itu sendiri yang patut dipersalahkan.
Umno tidak memberatkan orangnya bersembahyang terutama berjemaah maka setiap kali masuk waktu solat, masjid dan surau dipenuhi oleh orang PAS.
Orang PAS bukan tak hendak bersalam dengan Ismail tetapi mereka bukan kenal sangat dengan calon BN untuk serbu bersalam.
Memang kalau kita tengok surau dan masjid ramai terdiri jemaah daripada orang. Orang Umno mungkin ada sorang dua. Polis pun ada juga dua tiga yang sembahyang. baguslah tu tak bagus kalau dah besar panjang tetapi masih tak sembahyang. Apa kata mak bapa kita. Atau kita minta restu atau tidak dengan mak bapak sehingga kita tidak mahu sembahyang.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP