Imuniti babi, ada yang mahu lawan hukum Allah

>> Khamis, April 30, 2009

Sebelum ini dunia diserang virus selesema burung atau H5N1. Hasil burung dicari dan dihapuskan takut virusnya merebak.
Binatang sejenis burung termasuk ayam, itik tidak mudah dibawa masuk ke negara lain. Jadi binatang yang ada penyakit itu kena hapus takut merebak virus boleh bawa maut manusia.
Maka ramai penternak kerugian.
Sekarang selesema babi atau virus H1N1 tetapi tidak dengar pula babi ini dihapuskan kecuali di Mesir, kerajaannya mengarahkan babi dihapuskan.
Setakat ini di Mexico yang dikatakan punca menular virus, tidak pula kedengaran babi dihapuskan.
Bagaimanpun Amerika sekarang mengalami masalah ekonomi kali kedua berikutan virus tersebut.
Ada hadis hasan menceritakan Nabi Isa turun ke dunia antara lain menghapus babi.
Sebaliknya manusia hari ini jadi pembiak babi dan pembiak virus H1N1.
Boleh dikatakan seluruh negara ada membiak babi. Tetapi Singapura mengelak pula negaranya menternak babi.
Pelik juga negara bukan orang Islam tahu hukum Allah. Atau barangkali negaranya kecil dan tidak sesuai bela babi. Lagipun Singapura ni semuanya import.
Yang jadi mangsa Singapura, Malaysia penuh tempat bela babi.
Ikut hukum bela untuk keperluan negara boleh tapi tidak boleh untuk eksport.
Terdapat juga usaha mengelak virus itu dikait daripada babi. Hendak tukar nama lain kononnya `Flu Mexico' kerana virus bermula di situ.
Allah mengharamkan makan babi jadi lebih selamat jangan makan babi. Tidak guna kita berdalih dan mengelak kerana sehingga kini tidak ada penawar boleh mengatasi virus H1N1.
Allah lebih mengetahui urusan bumi dan langit. Kalau ada yang bongkak beritahu kepada apa urusan langit dan bumi.
Barangkali sesaat masa depan pun kita tidak tahu apa yang akan berlaku inikan pula urusan besar itu.
Macam forex apa yang berlaku sesaat lepas itu turun atau naik.
Tok guru forex kita pun tidak boleh jawab secara tepat kecuali dua jawapan akan naik dan mungkin hingga ke sekian-sekian atau turun kerana belum break atau macam-macam istilah forex.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP