Hanya seorang setiausaha Dun boleh jatuhkan kerajaan pakatan rakyat

>> Rabu, April 29, 2009

Makin loyar buruk Umno Perak. Sekarang mahu menjatuhkan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, V Sivakumar.
Surut usul hanya sampai kepada Setiausaha Dun Perak Abdullah Antong Sabri. Sedangkan Abdullah sudah dipecat oleh Speaker.
Abdullah juga tidak berhak memutuskan usul sama ada boleh dibawa masuk atau tidak ke dalam peraturan mesyuarat.
Pihak yang berhak putuskan adalah Speaker. Speaker masih ada dan segala urusan persidangan Dun dibawah beliau.
Sebaliknya, Umno betul-betul loyar buruk. Merosakkan dan tidak mengikut peraturan serta undang-undang.
Laporan berkaitan salah guna kuasa itu boleh klik di sini.
Kalau di Melaka ada usul keatas Ketua Menteri Melaka, ia dibawa kepada Speaker. Usul pecat Speaker pun dibawa kepada Speaker.
Apa yang berlaku di Melaka, itulah peraturan dan undang-undang.
Tetapi apa yang berlaku di Perak membelakangi undang-undang dan peraturan.
Kenapa hanya kita sahaja yang disuruh ikut undang-undang dan peraturan kepada tang dia boleh pakai rempat sahaja.
Gila bangang kuasa betul Umno ni.
Kita ingat orang loyar dan pakar serta tahu undang-undang patut berdemontrasi kerana sudah ada salahguna kuasa. sudah ada pihak yang tidak mahu ikut peraturan.
Sultan kita jangan harap sebab dia duduk atas politik.
Perlu ada bantahan kerana Umno Perak semakin melampau menggunakan Setiausaha Dun untuk menjatuhkan Speaker.
Ingat Umno kalau kamu tidak ikut peraturan orang lain pun boleh tidak ikut peraturan. Dan masa itu akan bertambah celaru.
Kalau buat baik dibalas baik, buat jahat balas jahat.
Kalau tidak ikut peraturan dibalas tidak ikut peraturan. Amacam Umno Perak.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP