Pilihan raya kecil di Penanti tetap berlaku walaupun ada perancangan menggagalkan pilihan raya tersebut. Baca analisis saya klik di sini.
Apa yang sebenarnya berlegar dalam kepala Najib dan kebimbangannya dengan pilihan raya kecil.
Fairus tetap meneruskan niatnya meletakkan jawatan maka SPR terpaksa umumkan tarikh pilihan raya pada 31 Mei dan hari penamaan calon pada 25 Mei.
Pemerhati politik masih tertunggu-tunggu keputusan Umno mahu sertai pilihan raya kecil kali ini atau tidak.
Keputusan Najib menyertai pilihan raya kecil ini bermakna manarik balik harapanya tidak mahu menyertai pilihan raya kecil di Penanti.
Maka makin terserlah pengaruh Tun Mahathir dalam pemerintahan Najib. Sekarang Najib makin menjadi Pak Angguk kepada Mahathir.
Tidak ada lagi orang Umno yang sanggup tegur Mahathir supaya diam. Mahathir jelas makin berani.
Insya Alah selepas ini kita bertemu di Penanti dan tunggu laporan pilihan raya dalam blog ini kalau diizinkan Allah untuk saya berada di sana.
Selepas burung, babi pulak
Saya ingat kawan saya sahaja yang minat merantau tetapi rupanya babi pun suka malah sudah dikatakan ke seluruh dunia.
Kalah kawan saya Ibnu Hasyim blognya http://www.ibnuhasyim.com/ yang suka merebak ke Kemboja.
Selsema babi pun tidak kurang hebatnya. Wabaknya dah meluas.
Kerana wabak ini orang hendak marah dekat babi jadi tidak panggil lagi dengan panggilan manja khinzir tetapi dah panggil babi.
Virus A/H1N1 selesema babi selepas dunai heboh dengan selesema burung.
Allah berkata jangan makan babi. Dalam kitab suci al-Quran menghukumkan kepada orang Islam, haram makan babi.
Tetapi kita menusia ni ada perangai budak-budak. Hak yang dilarang itu lah yang hendak dimakan.
Macam juga arak Allah haramkan minum tetapi manusia hak yang dilarang itu mahu diminum.
Memang manusia ni sikap mahu melawan. Tidak mahu patuh kepada penciptanya.
Babi tu ada sebab yang Allah larang makan tetapi manusia ni bernafsu besar. Dibedal juga babi.
Tetapi racun tu tahu pula dia tidak mahu minum. Kenapa ya?
Ya la racun tu dia tahu boleh bawa maut. Babi tidak.
Hebat ke ilmu dia sebab yang Allah larang makan babi walaupun makan tak mati.
Sekarang seluruh dunia mula gelabah dikatakan berpunca di Mexcico, dan ke negara benua Amerika. Sekarang merebat ke New Zealand dan Kanada.
Doa kita minta berlindung dari Allah dari hal yang sedemikian.
Nak kaji sebat tu elok la ajak PAS sekali
Hebat juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru dilantik ini, Datuk Jamil Khir Baharom kerana hendak mengkaji hukuman sebat dalam kesalahan jenayah syariah.
Laporan sokongan terhadap hukuman itu boleh di klik di sini.
Kalau Jamil hendak tahu Terengganu sudah diwartakan jenayah syariah cuma menunggu pelaksanaannya lagi.
Jadi elok la kalau Jamil ikhlas boleh bincang dengan PAS untuk merangka Kanun Jenayah Syariah.
Lagipun Jamil kata mahu selaras syariah di negeri-negeri.
Jadi lebih baik ikut hak yang terbaik. Hak yang bersesuaian dengan Islam.
Tetapi kalu Jamil orang yang hebat kita tak boleh nak cakap apa la.
Mungkin Jamil rasa boleh buat sendiri tanpa bantuan PAS.
Tetapi dalam soal baik ni apa salahnya kita bersama pasal PAS pernah bersama dengan Umno dalam soal Palestin di serang Israel.
Dalam soal Bosnia dan kezaliman yang lain.
Cuma PAS tak boleh bersama dengan Umno ni ada lagi ISA yang zalim.
Undang-undang zalim kerana tak mahu ikut undang-undang Islam. Jadi fikirkan lah Jamil.
-
0 comments:
Catat Ulasan