Hendak tergelak baca blog sahabat kita klik di sini semoga tulisan beliau mendapat rahmat dan petunjuk kepada mereka yang mahu kepada kebenaran.
Kalau mufti tidak mahu kebenaran walaupun berdoa hari-hari tetapi doanya hanya jadi hafalan semata-mata bukan permintaan yang hadir dari hati yang betul-betul mahu petunjuk Allah belum tentu apat hidayah.
Macam kata Siti Madhihah doa itu tidak semestinya hafalan doa-doa tertentu tetapi yang penting doa yang khusuk dan mengharap Allah perkenan apa yang kita mohon.
Ada tanggapan silap orang kita doa itu seolah tangkal. dihafal dan dibaca selalu tapi tidak faham apa yang dia minta.
Tidak dinafi doa mengikut sunnah lebih baik tetapi hendaklah kita faham apa yang kita minta.
Kita berbalik tulisan Sheikh tadi. Lihat Shahih Bhukari. Kalau tidak salah saya jilid pertama hadis yang pertama. Hadis tersebut menerangkan bagaimana Rasulullah saw kembali daripada gua Hira'. Siti Khadijah isteri kepada Rasulullah mentemteramkan Rasulullah, berkata: "Bersabarlah wahai Rasulullah, sesungguhnya kamu diutuskan bagi menyelamat orang miskin, menghapuskan penyembahan semasa manusia...
Kalau hendak tahu menyembahan semasa manusia kena tanya mufti. Kalau mufti tidak boeh jawab suruh dia letak jawatan.
Kalau hendak jelas tanya Tuan Guru Abdul Hadi Awang pakar dalam bab akidah dan tauhid.. ilmu pegangan kita la tu.
Tuan Guru Nik Aziz boleh jawab ni atau pergi jumpa Dr Harun Din.
Kita bersyukur Sheikh Teluk Intan raja yang baik dan terima kasih anugerahkan pingat SDKA. Ini bukan membodek kerana diberi SDKA tetapi sekadar saling ingat mengingati.
Rasulullah diutuskan untuk menegakkan Islam terlibat sama dalam politik. Beliau yang maksum tidak rasa pula duduk atas politik.
Ada yang mendakwa menjaga Islam tetapi kalau setakat mereka yang mendakwa menjaga Islam rasanya tidak berkembang Islam tanpa ada pejuang, pendakwah dan gerakan Islam, pertubuhan bukan Islam dan parti seperti PAS.
Ibrahim Idham pun keturunan raja dan menjadi sufi bila mengingatkan usia tidak banyak untuk memperjuangkan Islam.
PKR agak keterlaluan menghukum
Kalau perkara yang boleh diselesai secara dalaman selesai lah dengan baik. Jangan terlalu cepat menghukum. Nanti kita ni dkatakan merampas rezeki orang. Kalau dia lemah jangan sampai ada pilihan raya kecil.
Manusia ini ada kelebihan masing-masing. Tidak kira usia muda ke tua. Allah beri kelebihan yang tidak sama. Patutnya pilihan lah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 itu daripada Ahli Dewan Undangan Negeri yang ada.
Apa masalahnya?
Tidak ada ketokohan? Kalau tidak tokoh masakan dia menang dalam pilihan raya umum lalu.
Yang penting kerjasama.
Beri ruang. Jangan terlalu anggap orang lain itu teruk. Pak Lah pun walau dikatakan lemah tetapi ada juga ruang dalam beliau memperbaiki negara.
Sekurangnya memberi kebebasan bersuara. Menitik beratkan soal rohani walaupun orang Umno tidak boleh ikut.
Bimbing dan kerjasama itu penting. Jangan terlalu perlekeh orang. Jangan tidak percaya kebolehan orang nanti rakyat tidak percaya kebolehan kita.
Umno parti pengecut
Apa alasan Umno tidak mahu sertai pilihan raya kecil Dun Penanti kerana habis wang dan masa.
Tetapi sebenarnya Umno penakut kepada kekalahan. Umno tidak boleh terima hakikat kekalahan kerana selama ini ini Umno tidak pernah kalah. Setiap kali pilihan raya selalu menang.
Tetapi kali ini lain jadi pada Umno.
Walaupun kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya umum iaitu parlimen Kuala Terengganu pun turut kalah dalam pilihan kecil.
Umno bukan parti perjuangan tidak seperti PAS walaupun kalah tetap sertai pilihan raya. Ada lah yang PAS boikot itu kerana SPR tidak adil.
Tetapi kalau semata-maat tidak mahu sertai pilihan raya kerana takut kalah tu tidak berlaku dalam PAS.
Baik Umno belajar dari PAS bagaimana mahu kuat semangat berterusan walaupun banyak kalah. Ini kerana PAS banyak alami kekalahan tetapi tetap masuk pilihan raya.
Semangat tinggi tu.
-
0 comments:
Catat Ulasan