Tengok bicara mahkamah terbuka klik di sini rasa terharu kita kepada Adi. Polis pulak seolah nak tunjuk kawan tu yang jahat. Mungiin kerana ibu adi buat repot pasal adi dibelasah polis ketika dalam tahanan.
Kita masih lagi belum hilang ingatan tentang kawan kita Kugan yang mati dalam lokap. Kes ini blum selesai lagi kita dengar pulak kes Adi.
He jahat ke...
Kalau kita tengok Muhammad saw dalam kes menjatuhkan hukuman hudud keatas seorang wanita mengandung mengambil masa lama untuk membicarakan wanita tersebut.
Wanita itu mula dibiarkan melahirkan anak dan kemudian dibiarkan menyusu lepas itu dipastikan anaknya dapat penjagaan barulah membicara dan menjatuhkan hukuman.
Ini kawan terlantar ICU diadakan pula mahkamah terbuka. Dasyatnya...
Atau memang inilah yang dikehendaki Suruhanjaya Polis yang pernah membuat postmorten mengembalikan kepercayaan kepada polis dahulu.
Rasanya kita makin celaru. Polis penguatkuasa bukan pemutus hukum. Jadi polis tidak berhak mencederakan tahanan yang reman.
Siasatan hendak bermoral da menghormati insan lain sebagai warganegara Malaysia. Selagi mahkamah belum memutuskan orang itu bersalah maka orang yang ditahan itu bukan pesalah.
Tetapi jika yang ditahan itu dipukul seperti orang bersalah siapa patut mengembalikan maruahnya kalau mahkamah mendapati beliau tidak bersalah.
Jadi tanggungjawab menjaga maruah dan aib serta hak layanan yang adil seseorang mesti ada pada kakitangan kerajaan.
Jangan terdetik dihati kita orang itu salah mesti kena bantai. Kalau tindakan seumpama inilah yang diambil maka rakyat pun akan mengambil tindakan sendiri bila menghukum si yang dituduh.
Akhirnya keadaan akan menjadi bertambah celaru.
Kembali kepada undang-undang Islam
Kita juga faham sebab polis bertindak memukul tahanan. Begitu juga rakyat umum yang memukul pesalah seperti pencuri, peragut dan lain-lain.
Semua ini kerana rasa marah.
Namun begitu ada satu lagi yang tidak puas hati pada rakyat umum atau polis tersebut iaitu mungkin apabila pesalah dijatuhkan hukuman mahkamah mungkin sekadar denda beribu-ribu dan lepas begitu sahaja.
Jadi yang tidak puas hatinya rakyat.
Ada juga yang dijatuhkan hukuman penjara dua tiga tahun. Lepas keluar buat lagi. Atau nyawa yang orang pukul dia boleh terancam.
Ini semua tidak puas hati rakyat.
Jadi kerajaan perlu mengkaji balik undang-undang yang sedia ada.
Dalam Islam kalau mereka pencuri kena hukum potong tangan. Jadi mangsa puas hati. Jika pesalah didapati boleh mengancam nyawa mangsa maka tindakan buang daerah boleh diambil.
Dalam ks bunuh dibalas bunuh. Keluarga mangsa cukup puas hati. Ada juga keluarga mangsa melihat ia sudah takdir dan keluarga mangsa boleh mengampun pesalah daripada hukuman mati dengan ditukar ganti rugi.
Ini bagusnya Islam berlainan undang-undang sivil kalau dah jatuh hukuman mati maka yang ampun hanya agung. Kalau agung tak ampun sedangkan keluarga si mati sudah redho si pesalah tetap kena mati.
-
0 comments:
Catat Ulasan