Makin ramai tentera Arab yang dihantar oleh negaranya ke Afghanistan untuk membantu Nato dan Amerika Syarikat mula bergabung dengan Taliban.
Setelah sekian lama bersama Nato di Afghanistan, akhirnya mereka sedar mana yang haq dan mana yang bathil, sepertimana dilapor al-Jazeera.
Seperti yang berlaku keatas Mustafa berasal dari Emeriyah Arab Bersatu (UEA) sebagaimana yang diceritakan pejuang Taliban, beliau adalah seorang Arab yang dating ke Afghanistan dan bergabung dengan tentera kafir Amerika Syarikat dan Nato.
“Tapi, ia belum pernah sekalipun berperang melawan Taliban. Pertama kali ia datang ke Afghan, ia mendarat di Sangen, namun ia mendatangi Taliban. Kejadian itu terjadi dua tahun yang lalu.”
Mustafa merupakan orang terkenal di negaranya, berkata “Awalnya saya datang ke Afghanistan untuk bergabung dengan International Security Assistance Force (Isaf) yang dipimpin Nato."
UEA adalah salah satu negara Arab yang memang terlibat bersama Nato dan AS di Afghanistan. Negara ini telah menghantar 25 unit pasukan sampai bulan April 2009.
Mustafa mendapat petunjuk dan terfikir ia adalah sesuatu yang salah dengan bergabung dalam Nato kerana memerangi Taliban.
Beliau kemudiannya mengambil keputusan bersama Taliban dan disambut dengan tangan terbuka. Sekarang, Mustafa adalah salah seorang pejuang Taliban yang paling dihormati.
-
0 comments:
Catat Ulasan