Apa yang kita tuntut dalam demontrasi Bersih dahulu belum tunai pun, alih-alih mahu ubah apa yang dipersetujui bersama.
SPR tidak mahu parti dirikan pondok panas. Laporan penuh klik di sini.
Bersih tidak minta pun ditamatkan riwayat barung atau pondok panas tu tetapi yang Bersih minta bersihkan nama daftar pemilih daripada pengundi yang tidak wujud dan perlakuan penipuan bagi memenangkan Barisan Nasional (BN).
Adakan dakwat hitam kepada jari pengundi bagi mengelak perlakuan berulang.
Hapuskan undi pos. Kebebasan media serta keadilan laporan media.
Hak yang kita tuntut hingga kita berdemontrasi pada 10 November 2007 tidak pun ditunaikan walaupun ada perubahan beberapa perkara.
Sebaliknya SPR ini mahu buat pilihan raya bertambah tidak adil.
Kalau tidak ada pondok panas macam mana petugas parti mahu semak pengundi.
Kita rasa pondok panas tu tidak bawa masalah kepada kelancaran pengundian pada pilihan raya sebelum-sebelum ini atau ada sesuatu yang SPR mahu buat. Mahu main tipu ke?
Mahu main jahat ke ni?
Dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang 7 April lalu, bukan kita tidak tahu ramai pengundi hantu berjaya dibawa masuk.
Namun kerana petugas pakatan rakyat ramai maka mereka tidak berjaya perancangan tidak selancar yang dijangkakan.
Dalam kes di Taman Kaya, ada pengundi Cina tidak dapat mengundi di Upu Permatang Aur kerana nombor sirinya telah bertukar nama orang Melayu.
Apakah ini yang mahu dibuat SPR dengan tiadanya pondok panas, urusan penipuan tersebut bertambah lancar.
Boleh Umno menang. Tidak lagi Najib malu.
SPR tolong bagi tahu Najib hantu orang Monggolia akan berleluasa di Penanti. Macam cerita pontianak atau sundal bolong. Eeeiiii... seramnya, kehkehkeh.
-
0 comments:
Catat Ulasan