Umno Terengganu gaduh rebut royalti

>> Jumaat, April 24, 2009

Duit royalti Terengganu nilai besar. Jadi mereka Umno Terengganu ni bergaduh antara geng Idris dengan geng Ahmad Said pun bukan pasal apa. Pasal royalti.
Dapat kuasa pemerintah dapat kuasa pegang duit. Geng Idris Jusoh tu banyak mana menghilangkan duit royalti. Sudah kecoh satu Terengganu tetapi pihak SPRM tak siasat pun.
Pembangkang PAS yang dedah semua tu tetapi SPRM ketika itu Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak pula siasat.
Dua gajah bertempur pelanduk mati di tengah. Gajah dua ekor tu geng Idris dengan geng Ahmad Said. Pelanduk tu rakyat macam saya ni rakyat Terengganu yang mati ditengah-tengah - tak dapat apa.
Inilah ruginya rakyat Terengganu memilih Umno memerintah. Masa PAS memerintah wang royalti tak dapat tapi masih mampu menguruskan perbelanjaan hasil daripada berjimat.
Sahabat saya Cikgu Yusof yang diamanahkan sebagai Pengarah Yayasan Islam Terengganu ketika itu hanya menerima gaji separuh daripada gaji pengarah ketika Umno perintah dahulu.
Jimatkan duit tu. Boleh dibelanja untuk rakyat.
Tetapi bila Umno perintah habis mahu disapu. Sebab itu orang kerajaan yang besar-besar suka sapu duit ni suka Umno perintah.

Umno rancang gagalkan pilihan raya kecil

Selepas alami kekalahan berturut-turut dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Umno sudah rasa perit mahu bertanding.
Namun begitu bagi Najib walaupun beliau kata pilihan raya kecil rugi wang dan masa tetapi ada perkara terselindung yang sampai sekarang menghantui beliau.
Ia tidak lain tidak bukan kisah Altantuya.
Walaupun sekatan ceramah menyentuh isu Altantuya di pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau tetapi dikalangan rakyat yang kreatif menggunakan cara lain.
Ada rakyat yang tidak tahu bereramah memakai topeng Altantuya. Yang peliknya bukan main takut lagi Umno dengan topeng tersebut disuruh polis rampas mereka yang menjual topeng tersebut.
Oleh kerana unsur tersebut maka perancangan Umno selama ini selepas merampas Perak sudah diam membisu.
Seperti ada arahan jangan dok kacau Elizebeth Wong. Selesaikan segera kes Mohamad Fairuz Khairuddin.
Agaknya supaya tidak berlaku pilihan raya kecil.
Akhirnya Khir Toyo pun tidak mampu nak komen apa kes Eli tu. Polis pun macam tak endah nak siasat.

Kes model Manohara sukar diterima akal

Kalau tidak ada angin kenapa pohon bergoyang. Kalau pandai-pandai reka cerita tidak rasa bahayakah keluarga Manohara?
Imigresen Malaysia pulak sekejap tahan sekejap lepas ibu Monahara yang mahu masuk Malaysia untuk bertemu anaknya.
Apa hal ni beb! Ada apa-apa ke?
Manusia ni macam-macam boleh berlakun. Apa lagi orang besar-besar.
Jadi kalau boleh bila ada aduan tu siasatla demi keadilan sejagat. Orang marhean macam kita ni.
Tengok macam kes Raja Petra Kamaruddin tu pengendali blog Malaysia Today.
Hendak kritik sama-sama dia pun tak boleh. Boleh sampai buang saudara. Saya tak kata Raja Petra yang kata.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP