Masih ingat tak lagi peristiwa pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Selatan Thailand. Pembunuhan di Masjid Krisik dan nyawa-nyawa umat Islam hilang tanpa kesan di negeri itu.
Kalau orang India di Malaysia merasakan diri mereka rakyat kelas ketiga tetapi mereka dilayan secara baik dan tiada nyawa terkorban seperti binatang.
Sebaliknya umat Islam di Selatan Thailand memang jelas dinafikan hak dan memang mereka betul-betul menikmati taraf rakyat kelas ketiga.
Mereka dibunuh secara semberono. Ada yang hilang tanpa jejak dan kesan.
Mahu buat demontrasi sikit dibunuh secara kejam dan beramai-ramai. Seolah-olah manusia itu umpama binatang.
Tetapi siapakah pembela mereka. PBB senyap bisu dan layu bila memperkatakan orang Islam.
Bagi PBB kalau boleh mahu ditlong sama kerajaan Thailand biar tiada bekas umat Islam di situ.
Namun Allah itu maha kuasa maha adil.
Apa yang dirasai dan dideritai oleh orang Islam Selatan Thailand tetapi kali ini mereka juga turut rasa.
Mereka bertempur sesama sendiri kerana kuasa. Mereka membunuh sesama sendiri kerana kuasa.
Walaupun begitu baiknya tentera Thailand terhadap rakyatnya berdemntrasi di Pattaya dan Bangkok. Tidak disemburnya air kimia. Tidak seperti FRU Malaysia bertempur dengan orang demontrasi di Malaysia.
Tentera dan polis Thailand cukup menjaga maruah rakyatnya. Cukup menghormati hak rakyatnya berdemontrasi. Tidak dipukul rakyatnya kecuali sudah peringkat melampau.
Tetapi kita di Malaysia yang melampau bukan pihak berdemontrasi tetapi polis.
Polis ini pula langsung tidak menghormati hak rakyat dan maruah rakyat.
Ini jiwa besar polis dan tentera Thailand berbanding polis Malaysia yang anggap orang berdemontrasi ini jahat dan binatang. Boleh dipukul, ditembak gas pemedih mata, ditembak air kimia dengan begitu sahaja.
Bila ditembak air mereka ketawa tengok para demontrasi lari lintang pukang cari air kerana kepedihan. Sial...!
Kita rakyat Malaysia dijadikan langsung tidak bermaruah.
Dalam pada itu masih lagi ingat umat Islam Selatan Thailand. Kita rasa kalau tentera dan polis tangani umat Islam di situ sama dengan di Bangkok dan Pattaya, alangkah baik dan adilnya umat Islam di situ dan sudah tentu mereka menghormati kerajaan Thailand. Sebaliknya tidak mereka hanya kelas kedua bagi negara Thailand
-
0 comments:
Catat Ulasan