Mahathir isytihar perang pasukan Pak Lah

>> Khamis, April 09, 2009

Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno yang tidak terpilih dalam Kabinet baru Najib, memberitahu beliau tidak kesal kerana Najib memberitahu beliau diberi tugas khas tarik belau kepada Umno.
Setahu kita tugas khas untuk remaja ini biasanya dipikul oleh Menteri Belia dan Sukan. Dan kebiasaannya juga Ketua Pemuda Umno akan dilantik sebagai menteri tersebut. Anwar Ibrahim jadi ketua pemuda dahulu diberi jawatan tersebut.
Sejarah juga membuktikan ketua pemuda tidak ketinggalan dalam kabinet. Sebaliknya ketua puteri ada juga jawatan dalam kabinet.
Malang sungguh nasib Khairy kerana lawan beliau Mukhriz ada juga jawatan timbalan menteri Miti. Kementerian penting pulak tu. Baragkali laluan untuk meneruskan kuasa Mahathir.
Khairy tidak sedar ke jawatan yang Najib bagi untuk pancung beliau kalau tidak berjaya. Bagaimanapun kita harap Najib silap membuat keputusan tersebut kerana kemungkinan Khairy lebih banyak membina pengaruhnya dalam golongan beliau dan membawa bersamanya untuk menguasai Umno.
Apa yang jelasnya perang dalam Umno masih berterusan. Najib terikut Mahathir dan Mahathir masih membina politik perang dengan musuhnya.
Akhirnya Najib tidak terdaya membawa perpaduan dalam Umno kerana Mahathir. Sebaliknya Najib telah membina persmusuhan dengan pemuda.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP