Hanya sendiwara pilihan raya bukan perubahan mendadak

>> Sabtu, April 04, 2009

Apa yang saya mahu jelaskan daripada posting sebelum ini ialah pelepasan 13 tahanan ISA dan tarik balik gantung permit akhbar bukan satu perubahan ikhlas Najib.
Kita harus kenal siapa Najib. Sebelum kita dapat menerima perubahan yang dilakukan itu ikhlas atau semata-mata taktik pilihan raya kecil yang dihadapi sekarang.
Beliau harus akui tekanan kuat daripada pihak supaya melakukan perubahan tetapi rakyat tidak dapat memahami apa dia perubahan selagi tidak melepaskan tahanan ISA dan kebebasan bersuara.
Najib hanya melakukan sedikit daripada perubahan yang dia sendiri mengetatkan kebebasan bersuara.
Melepaskan 13 tahanan ISA untuk mengendurkan kemarahan rakyat India sebenarnya terhadap BN tetapi harus difahami kaum India menuntut perubahan sebelum mereka ditahan ISA.
Apakah tuntutan mereka telah diberikan Najib selain daripada melepaskan tahanan ISA.
Ini yang kita kena ingat jangan mudah tertipu dengan kemanisan mulut Najib.
Baca komen Anwar di sini

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP