Selepas Umno melalui pemilihan gentir jawatan Timbalan Presidennya kini PAS juga akan melalui persaingan jawatan tersebut.
Belum di ketahui sama ada berlaku pertandingan satu lawan satu atau tiga penjuru atau beberapa penjuru seperti pilihan raya kecil Bukit Selambau.
Selepas era almarhum, Datuk Fadzil Mohd Noor, PAS mula melihat pertandingan jawatan Timbalan Presidan sering berlaku.
Seolah-olah tokoh yang berada ditapak nombor dua itu tidak berwibawa. Boleh dipertikai dan macam-macam lagi menyebabkan adanya persaingan.
Semasa Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang duduk ditapak nombor dua semasa tapak pertama diduduki ustaz Fadzil, tapak beliau tidak juga dipertandingkan.
Apa maksudnya itu?
Maknanya kewibawaan tokoh itu ada. Jaminan kewibawaannya ada terutama dalam soal Islam. Orang tidak ragu tentang keilmuan dan amalannya sehingga masing-masing memberi laluan dan menghormati memang tapak tersebut sesuai bagi beliau dan tidak perlu dipertandingkan.
Apakah PAS mula melalui ketandusan tokoh ulama berwibawa sehingga tapak nombor dua itu sering dipertandingkan setiap kali pemilihan pimpinan parti itu.
Atau orang mula melihat ada sesuatu yang telah ditawarkan oleh PAS sekarang berbanding PAS dahulu.
PAS dahulu belum ada jaminan sebagai wakil rakyat kerana sering kali kalah tetapi selepas perkembangan politik yang lain macam, jawatan dalam PAS menjadi rebutan. Kalau tapak Presiden boleh jadi Perdan Menteri atau TPM. Kalau Timbalan Presiden pun ada ruang untuk jadi TPM.
Yang lain-lain itu menteri atau timbalan menteri. Kalau Naib Presiden dapat menteri kanan. Kan PAS sudah boleh bagi benda tu.
Doakan semoga Timbalan Presiden PAS dimenangi orang berkhlak
Ada yang sering dilupai orang ialah soal akhlak. Ramai yang tidak melihat pemilihan pemimpin berdasarkan kreteria ini kerana lebih melihat kepada kehebatan seseorang.
Sedangkan nabi saw itu bermula dengan akhlaknya yang mulia. Harus diingat akhlak yang tinggi menyukarkan musuh merasuah seperti yang berlaku kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.
Akhlak juga termasuk dalam soal janji. Orang yang tidak menepati janji termasuk golongan yang bersifat munafik.
Bercakap benar kerana terdapat pemimpin berselindung disebalik kesibukan untuk mengelak bertemu rakyat dan orang PAS.
Mungkin pembaca boleh menambah dalam soal akhlak bagi memastikan PAS mempunyai pemimpin dan Timbalan Presiden sekurang-kurangnya orang mulai dengan akhlak.
Sebagai ahli dan perwakilan yang memberi undi melantik pemimpin nanti harus melihat kepada soal ini supaya penyokong dan pemerhati PAS puas hati.
Mungkin sukar untuk menilai soal akhlak tetapi ia bukan sukar bagi ahli PAS yang sering berurusan dengan pemimpin.
Dalam soal ini jangan berselindung kerana ia membawa harapan besar kepada penyokong dan rakyat Malaysia untuk memastikan semua rakyat mendapat pembelaan sewajarnya.
Penat tak hilang pilihan raya kecil lagi
Belum pun hilang penat pilihan raya Bukit Gantang dan Bukit Selambau kini datang lagi pilihan raya kecil penanti (kalau jadi).
Walaupun saya tidak pergi bertugas di Bukit Selambau tetapi saya turun di Bukit Gantang.
Mungkin orang muda satu kenikmatan tetapi bagi kita yang sudah berusia berada empat hari di Bukit Gantang sudah rasa tak sabar-sabar hendak balik.
Hari mengundi bukan main lagi berdoa dicepatkan masa. Barangkali keletihan. Ya la orang tua lain la orang muda.
Musa kita muda-muda dulu ada pilihan raya, itu yang seronok. Bagi yang suka bergaduh duduk bahagian keselamatan. Tidak payah dicabar boleh cari je peluang bertumbuk dengan orang Umno.
Bahagian yang zairah rumah ke rumah seronok berhujah dengan pengundi. Ya la semangat muda dan baru masuk politik jadi mahu cuba berhujah dengan Umno sejauh mana dia boleh lawan hujah kita.
Tetapi niat itu baik mahu tarik dia orang sokong undi PAS. Itu la semangat muda.
-
0 comments:
Catat Ulasan