Kalau ada yang membesarkan perseteruan dalam soal pendapat antara Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana mereka belum kenal antara kedua tokoh tersebut.
Kedua tokoh tersebut sudah saling bertukar pendapat sejak Anwar dalam Umno lagi dan Guan Eng menjadi Ahli Parlimen Kota Melaka sebelum beliau dijatuhkan hukuman penjara yang menyebabkan beliau tiak boleh bertanding kerusi itu untuk beberapa tahun.
Guan Eng yang banyak mendedahkan penyelewangan Perwaja di Parlimen mempunyai maklumat daripada kementerian kewangan ketika itu dibawah Anwar.
Guan Eng ketika itu antara tokoh Ahli Parlimen yang hebat kerana banyak mendedahkan kemungkaran iaitu penyelewengan dan rasuah dalam pengurusan Perwaja Steel Sdn Bhd. Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Eric Chia.
Saya minat Guan Eng kerana beliau tidak memilih bulu dalam soal kemungkaran.
Kemuncak kepada kemungkaran yang beliau dedahkan sehingga beliau merengkuk dalam penjara pada 1998 apabila beliau membela gadis Melayu yang didakwa diperkosa oleh Ketua Menteri orang Melayu sendiri.
Akibatnya beliau tidak boleh bertanding dalam pilihan raya umum 1999 dan 2004.
Ahli Parlimen orang Melayu dan PAS pun tidak sanggup berbuat demikian. Itulah hebatnya Guan Eng dalam mengatasi kemungkaran.
Jiwa kesungguhan dalam mengatasi satu-satu isu ini tidak ada pada orang lain. Ini jiwa luar biasa Guan Eng.
Anwar turut memainkan peranan mendesak Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad ketika itu mengenakan tindakan disiplin keatas Tan Sri Rahim Tamby Chik.
Akhirnya Rahim meletakkan jawatan Ketua Menteri Melaka akibat tekanan politik tersebut.
Saya juga melihat bagaimana Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang mengambil kesempatan bertemu Anwar membincangkan hukuman yang dijatuhkan kepada Guan Eng.
Anwar pula menunjukkan kesediaannya untuk berbincang dengan Kit Siang yang juga bapa kepada Guan Eng yang menunjukkan antara Guan Eng dan Anwar saling bekerjasama menghapus kemungkaran.
Jadi kalau ada pihak mahu melaga keduanya kerana mereka tidak kenal siapa kedua tokoh tersebut.
Kereta Camry tukar balik Perdana di Perak
Ini antara contoh yang baik kerajaan Umno Perak setelah merampas kerajaan Pakatan Rakyat.
Saya sejak awal lagi tidak setuju kerajaan pakatan rakyat tukar kereta baru.
Kalau kita kata kita sedang gawat. Ekonomi tidak menentu dan ramai pekerja dibuang kerja kenapa kita pula beli kereta baru.
Pakatan rakyat baru memerintah tidak sampai setahun dah tukar kereta. Dalam masa 100 hari boleh bersabar tetapi lepas itu mula ghairah mahu tukar baru.
Akhirnya dengan kerajaan-kerajaan sekali kena tukar.
Kalau alasan kos penyelenggaraan Perdana mahal cuba siasat tengok mungkin bengkel itu caj terlalu tinggi. Maklumlah kereta kerajaan boleh tuntut tinggi.
Jadi alasan pakatan rakyat tukar kereta itu remeh. Sebab kita tengok di Kelantan dan Kedah bagaimana mereka lintang pukang hendak jimatkan wang negeri.
Jadi kedua negeri itu isu tukar kereta bukan soal besar.
Kita memerintah dengan berkebajikan dan pastikan aliran wang benar-benar untuk mengatasi masalah rakyat dan kebajikan rakyat.
Kita bimbang kita makan kenyang tetapi rakyat kita ada yang tidak makan.
Maksudnya kita pemimpin dapat gaji senang tetapi rakyat kita ada yang tidak bekerja, tak ada gaji, tak ada makan.
Kenapa SPR lambat sangat hendak umum kekosongan Penanti
Kenapa? Kena tunggu keputusan Najib dulu ke? Tidak bebaskah SPR? Untuk berita klik di sini
Kenapa SPR mengambil masa panjang untuk umum sama ada Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti kosong dan pilihan raya kecil mesti diadakan?
Atau SPR akan membuat satu keputusan sebagaimana di Dun Changkat Jering dan Behrang iaitu tidak berlaku kekosongan walaupun kedua ada surat perletakan jawatan kepada Speaker Dun.
Kenapa SPR tidak boleh buat keputusan sendiri atau mahu merekacerita supaya tidak berlaku pilihan raya kecil Penanti.
Lubang mana mahu SPR cari. Lubang mana mahu SPR korek supaya lubang-lubang ini boleh menggagalkan ada pilihan raya Penanti.
Sama-sama kita tunggu keputusan SPR nanti yang akan umum pada Isnin depan.
-
0 comments:
Catat Ulasan