Amacam Rais kenapa membisu, takut ke! Gadai la Dr

>> Selasa, April 28, 2009

Tengok pada cabaran Menteri Penerangan baru, Datuk Rais Yatim bukan main hebat lagi. Ya la macam menteri penerangan sebelum beliau, Ahmad Shabery Chik.
Bezanya Shabery tidaklah mencabar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi barangkali mahu test market.
Akhirnya Shabery tersungkur dan tidak popular lagi dalam Umno. Cuma tunggu masa je nak jatuh.
Dengar cerita orang Kemaman pun malu dibuat Shabery. Ya la pandai sangat hendak berdebat akhirnya kojol.
Kali ini Rais tiba-tiba gatal mulut ajak bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim berdebat. Laporan lanjut klik di sini.
Barangkali Rais keterlaluan sangat (ini macam geng mat over) hendak pertahan Perdana Menteri dia sampai tidak sedar apa yang dia ucap.
Rais ini ada Dr, phd dalam undang-undang. Jadi ikut ilmu lebih dia daripada Zaid.
Sebaliknya Zaid tidak kisah Rais ada Dr atau apa, yang penting maruah.
Bila dah dicabar maka Zaid pun sahut tetapi senyat sunyi pulak si Rais.
Si Hanafiah, Agendadaily tu tengah tunggu peluang je.
Ya la nak buat debat macam Anwar dengan Shabery dulu masuk langsung TV9.
Wah populariti Hanafiah dengan Agendadailynya yang banyak menjilat.
Kita ingat yang suka mengampu Ahli Parlimen BN sahaja rupanya ada juga spesis lain.
Jangan marah geng gurau blog!

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP