Kelantan kena muhasabah balik pemerintahannya

>> Jumaat, April 10, 2009

Kita nak marah tu memanglah nak marah bila berlaku rusuhan macam tu. Namun begitu kita harap pihak polis patut juga siasat dan mencari mereka yang membuat rusuhan di stadium bolasepak Kelantan.
Namun begitu kita juga kena ingatkan diri sendiri dan bertanya kembali kita telah perintah lebih 20 tahun kenapa kita masih melahirkan remaja seperti itu.
Imam Khomeini bila ditanya siapa perjuang kamu dia kata dalam buaian. Maknanya dia mengambil masa 20 tahun keatas untuk menang apabila anak-anak yang baru lahir dipenuhi dengan didikan Islam inilah yang akan memperjuangkan Islam kerana jiwanya yang bersih.
Kalau mengambil kira pendekatan tersebut maka remaja berusia 20 tahun di Kelantan boleh dikatakan mempunyai jiwa Islam kerana lahir dalam pemerintahan Islam sebaliknya kita lihat ramai lagi remaja kita di Kelantan terikut dengan budaya barat, ganas dan kuning.
Selain itu kalau kita dapat pastikan rakyat yang kita lahir masa 20 tahun dahulu mendapat pendidikan sempurna dengan Islam maka pada masa akan datang pengundi muda inilah yang akan menyelamatkan negerinya daripada dirampas Umno.
Kita tidak perlu lagi merasa bimbang takut kalah bila setiap kali menjalang pilihan raya kerana rakyat kita sendiri yang akan pertahankan Islam. Orang PAS tidak perlu lagi susah payah.

1 comments:

Tanpa Nama,  11 April 2009 pada 11:57 PG  

Kelantan dikuasai oleh PAS "separuh" sahaja...Separuh lagi dikuasai BN..Itu sebab dalam sebuah kampung ada "dua ketua kampung...ada dua penggawa...dua DO dan dua Menteri Besar...."...

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP