ADA YANG MEMILIH MENOLAK AYAT ALLAH?

>> Jumaat, Disember 04, 2009

Dalam posting sebelum ini saya telah menjelaskan bagaimana satu usaha mengkambing hitamkan pimpinan PAS terhadap apa yang berlaku di Kelantan. Apabila TGNA menyebut nama Kolonel Mat, tiba tiba nama itu diletupkan. Sehingga kini TGNA masih belum menyebut siapa Kolonel Mat... Satu kenyataan??? Kiasan atau sesuatu yang disengajakan bagi mengelirukan musuh? Hanya TGNA yang mengetahui.

Sesuatu yang tidak dijelaskan TGNA, menjadikan semua orang terus bertanya... Dan kesempatan ini diambil oleh sekelian musuh yang menanti.... Bermula dengan umNO yang sememangnya musuh tradisi PAS, hinggalah musuh di dalam selimut yang sekian lama merancang agar PAS terus berpecah... mereka inilah yang menjadi agen umNO.

Membuat tuduhan tanpa asas adalah sifat Munafiq. Umat Islam diajar agar meneliti dan memastikan berita tersebut dari segi kesasehannya sebelum mengulas dan menyebarkannya. Malangnya ada golongan yang sengaja melemparkan bahan fitnah bagai memecahkan PAS. Sudah tiba masanya penyokong dan pendokong PAS bersatu hati menentang musuh yang mencelah disebalik setiap isu yang berlaku. Dalam isu Kolonel Mat, ada usaha menarik kalangan pimpinan khususnya Timbalan Presiden sebagai kambing hitamnya. Malangnya TGNA sendiri tidak menjelaskan..

Satu usaha tuduhan tanpa asas yang kukuh selain sumber tak pasti dan mengaitkan melalui teori dangkal sedang giat dilakukan. Dalam posting sebelum ini, Malaysiakini melalui Jumadi gagal menarik perhatian Bloggers menjadikannya sebagai isu. Beliau sekali lagi mengulang terbit cerita sama dengan tambahan kesungguhan mencari maklumat kononnya. Bagi kita, selagi TGNA tidak menyebut secara jela, kita bersikap membiarkkannya dalam pengetahuan beliau. Mungkin TGNA merasakan tidak penting diketahui orang lain. Ternyata Blogers PAS semakin matang dan menyedari perangkap musuh ini.Semoga ianya berterusan.

Perhatikan bukti Tulisan fasiq ini " Sumber yang dekat dengannya tidak menolak kemungkinan pegawai tentera itu mempunyai kaitan dengan Task Force 2010 walaupun mereka masih tidak jelas sama ada watak tersebut benar-benar wujud atau hanyalah kiasan semata-mata. " semua tulisan berwarna ini menunjukkan ianya berita fasiq yang disebut Allah dalam surah Hujurat ayat 10. sesuatu yang tak pasti bukanlah hujjah orang beriman! melainkan ada yang memilih untuk menolak ayat Allah!!! Jika TGNA telah menjelaskan siapa Kolonel Mat..maka bolehlah kita menggunakannya... Sehingga kini ia hanya di fikiran TGNA...

Semoga Allah memelihara kita dari menjadi alat musuh dan menyelamatkan kita dari tergelincir dari tapisan Allah untuk pejuang agamanya....

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP