Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak perlu ditegur kerana Mursyidul Am PAS itu tidak melakukan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan Islam.
Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib berkata, tiada keperluan untuk menegur pemimpin veteran itu sebaliknya menyalahkan media yang memperbesarkan isu berkenaan.
"Buat apa nak tegur? Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tidak perlu ditegur, Tok Guru tak buat apa-apa kesalahan," katanya kepada mStar Online.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya pemimpin-pemimpin PAS dari kalangan tokoh agama supaya menegur sebarang perbuatan Nik Abdul Aziz yang bertentangan dengan Islam seperti mendoakan orang Islam lain ditimpa musibah.
Bagaimanapun Harun tetap mempertahankan tindakan Nik Abdul Aziz mendoakan supaya Allah memberi petunjuk kepada manusia yang menzalimi orang lain.
"Apa yang salahnya kalau kita mohon supaya beri petunjuk kepada orang buat zalim?
"Kita faham sebagai manusia kita perlu bantu orang yang dizalimi, jadi begitu juga kepada orang yang menzalimi, golongan sebegini kita perlu minta pertolongan Allah untuk bantu," katanya.
Nik Abdul Aziz ketika berucap pada perhimpunan sempena kuliah mingguannya di Kota Bharu baru-baru ini mendoakan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang bertanggungjawab tidak memberi royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan agar 'pecah perut'.
Beliau sebelum ini meminta orang-ramai berdoa bagi memperbetulkan pemikiran Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memberi royalti minyak dan sekiranya tidak, mendoakan supaya Allah memusnahkan Perdana Menteri, UMNO dan proksi-proksinya.
1 comments:
pas tetap pas.terlalu berpolitik .pandangan pas sejak dulu tetap sama.selain pas adalah zalim.kejam .tak boleh berkawan.doa kan pecah perut umno.ta pe ALLAH maha kuasa kita lihat lah nanti biar ALLAH memecah perut perut siapa yang kejam .berpura pura. bersahabat dengan bukan islam bukan main lagi.kalau boleh nak suruh bukan islam masuk masjid ta payah basuh kaki.setokin pun ta apa.heboh hebohkan doa konon nak betul kan pemikiran najib PM.TAPI SEBENARNYA NAK SEMARAKKAN KEBENCIAN DAN DOKTRIN BAHAWA PENGIKUT JANGAN LARI PASAL DAH NAMPAK JAHAT DAN KEPALSUAN PAS TEMPOH HARI.JADI BILA ORANG BENCI UMNO ATAU MELAYU MAKA UNTUNGLAH PAS.nak perjuangan pas tu gimik aja.aku tobat faham pas ni.
Catat Ulasan