Baik kawin saja Bung daripada mulut asyik merepek hal sex

>> Jumaat, Disember 18, 2009

Akhirnya pecah juga mulut tempayang. Mulut orang politik bukan boleh simpan lama. Habis taat sangat pun sebulan je.

Tak percaya? Cuba tanya Haji Mohamad Sabu bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah. Ahli parlimen kerja dia tukang bercakap. Kalau tidak bercakap macam tak sah jadi ahli parlimen.

Jadi hal macam ni pun bukan perkara diluar bibir ahli parlimen. Memang benda ni setiasa meniti dibibir ahli parlimen terutama ahli parlimen BN.

Kalau ahli parlimen macam Bung Moktar cakap hal ini, orang dah tak hairan. Selamat kawin la Bung. Buang je la mulut gatal tu.

Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz memang rapat dengan Bung Moktar, Ahli Parlimen Kinabatangan. Maknanya dah kawan pecah maka ya la tu.

Mulut orang politik bukan pandai berahsia ataupun memang sengaja dia guna kawan untuk hebohkan yang dia dah kawin artis.

Itu pun politik juga atau licik. Hal licik kena tanya Lutfi. Saya tidak mahir sangat tengok perangai orang.

Dibawah ini cerita penuh:

Bung Moktar sah nikah Zizie Ezette

Desas-desus yang mengatakan bahawa anggota parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin berkahwin dengan pelakon terkenal tanah air Zizie Ezette akhirnya terjawab apabila rakan baiknya, Datuk Mohamad Aziz menyatakan mereka berdua sudah berkahwin.

Mohamad, anggota parlimen Sri Gading apabila ditanya semalam, berkata: "Dah selamat. Saya mendoakan agar beliau bahagia, kebahagiaan kawan adalah kebahagiaan kita."

Mohamad juga berkata, beliau sempat berpesan kepada Bung Moktar supaya tidak berahsia lagi mengenai perkara itu dan membiarkan rakan-rakan lain mengetahuinya, selain menyifatkan ucapan tahniah yang bakal diterima Bung Moktar itu adalah satu doa untuk beliau.

Bung Moktar yang sering mewarnai persidangan Dewan Rakyat dengan kelantangannya dalam setiap perbahasan, mula menjadi tumpuan apabila beliau dikatakan menikahi Zizie dan mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur malam kelmarin.

Kelmarin, Bung Moktar yang juga timbalan pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) menafikan bahawa beliau berkahwin dengan Zizie, dan hanya berkata bahawa beliau tidak cukup kacak untuk pelakon terkenal itu.

Anggota parlimen Kinabatangan itu yang dihubungi pemberita semalam masih enggan mengesahkan perkara itu sebaliknya berjanji akan memaklumkan mengenainya apabila "tiba masanya".

"Ini bukannya masa yang terbaik untuk saya membuat komen. Saya perlu melindungi hati banyak pihak dan saya tidak mahu melukai hati sesiapa," katanya.

Beliau juga turut menafikan khabar angin yang beliau mengahwini Zizie di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur malam kelmarin.

Ditanya mengapa beliau tidak menghadiri sidang Parlimen sejak semalam, Bung Moktar berkata beliau berada di Kinabatangan, Sabah kerana "kerja yang sangat mustahak."

"Saya sudah mendapat pelepasan daripada Chief (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz)," katanya.

Beliau yang turut ditanya mengenai penampilannya yang semakin bergaya sejak akhir-akhir ini termasuk perubahan dalam stail rambutnya berkata:

"Ramai kawan-kawan yang mewarnai rambut mereka, mengapa kamu tidak tanya mereka. Jangan buat spekulasi." BERNAMA

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP