Oleh DR RAJA AHMAD AL-HISS
Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengalu-alukan langkah Kerajaan Malaysia dalam rangka usaha untuk membantu menyelesaikan konflik umat Islam di Selatan Thailand. Lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia hari ini adalah satu usaha yang harus dipuji dalam memberi jalan keluar terhadap sengketa terpimpin dalaman Kerajaan Thailand terhadap umat islam Selatan Thailand
Namun DPPP ingin menegaskan bahawa Kerajaan Malaysia dalam menganjurkan cadangan ‘autonomi' sebagai alternatif bagi menyelesaikan konflik tersebut, perlulah di perjelaskan akan konsepnya secara jelas dan tegas dan bukan hanya sekadar seperti mahu melepaskan batuk ditangga atau hanya mengambil kulit bagi konsep tersebut tetapi meminggirkan isi sebenar konsep autonomi tersebut iaitu hak mutlak autonomi mentadbir sendiri Wilayah-wilayah Umat Islam di Selatan Thailand.
DPPP tidak bersetuju sekiranya Kerajaan Malaysia hanya beriya-iya dengan hanya mengesyorkan beberapa elemen seperti autonomi dalam pendidikan dan bahasa atau social seperti mana yang diwar-warkan dalam media. Adalah diharapkan pisang tidak berbuah dua kali sepertimana yang berlaku di Mindanao dahulu apabila umat islam di bohongi dengan disajikan autonomi kuda kayu melalui perakuan autonomi diantara Kerajaan Filipina dengan MNLF pimpinan Nur Misuari yang jelas membohongi umat islam di Mindanao.
Kerajaan Malaysia diharapkan tidak terperangkap dengan agenda Perdana Menteri Thailand yang jelas kelihatan terdesak untuk menagih undi umat islam selatan thai bagi menghadapi pilihanraya Thailand tahun depan.
Atas dasar persaudaraan dan tanggungjawap DPPP bersedia untuk bersama-sama Kerajaan Malaysia untuk membantu merungkaikan kemelut yang berlaku di Selatan Thailand untuk kebaikan dan keharmonian bersama.
DR RAJA AHMAD AL-HISS
Pengerusi
Lajnah Antarabangsa
Dewan Pemuda PAS Pusat
Web rasmi http://pemuda.pas.org.my
-
0 comments:
Catat Ulasan