Kawan ku kenal baik rupanya ketua syaitan

>> Sabtu, Disember 26, 2009

Malam tadi aku tidak kemana-mana hanya mencari tempat tenang dan terasing daripada orang ramai.

Dalam aku tengah khayal menikmati malam datang dekat aku dua orang tapi rupa tidak seperti orang. Walaupun dia cuba menunjukkan kebaikan dan kewarakan tetapi yang jelas pada dua makhluk ini ialah kejahatan.

Maka mengaku dua orang itu yang beliau bukan manusia tetapi syaitan.

Kata syaitan itu kepada ku: "Malam ini aku malas nak kacau kau asyik berpeleseran tidak tentu arah. Jadi kau ni telah membuang masa aku sebagai tugas aku yang menggoda."

"Baiklah untuk tidak buang masa aku, kau bagi aku nama orang yang paling baik yang kau kenal untuk aku goda," sambung syaitan itu lagi.

Aku kemudiannya terfikir siapa kawan ku yang paling baik. Maka terlintas difikiranku salah seorang kawan memang dia terkenal cukup baik. Paling warak dan alim daripada yang aku kenal.

Setelah aku berikan nama tersebut kepada syaitan tersebut, sebaliknya wajah syaitan tersebut berubah.

Katanya: "Ini ketua aku!"

* Peringatan: Cerita tersebut tiada kena mengena dengan siapa malah saya sekalipun. Ia diambil daripada telefon bimbit anak saya yang kemudian diolah untuk menarik semoga menjadi humor tauladan.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP