Pendedahan Kesah Pembohongan Songkok Putih/Tranung Kite Online

>> Rabu, Disember 09, 2009

Oleh Tulang Besi

Saya telah membaca artikel terbaru yang diluluskan oleh Songkok Putih di TKO. Saya tak marah sebab artikel nya lebih menampakkan ketidak cerdikan penulis dari merosakkan imej saya.

Misalnya, penulis tu berkata:

“Apabila PAS bersama Pakatan Rakyat memerintah Selangor dia memohon untuk menjadi CEO sebuah anak syarikat kerajaan Negeri Selangor. Dato' Hassan Ali tidak memberikan kepada beliau, lagipun dalam hal ini mesti berbincang dahulu bersama dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat. Dia merajuk dan pergi keluar negara sambung kontraknya........”

Kahkahkah. Berita fitnah macam ni si Songkok Putih ni benarkan penerbitannya. Apalah bodohnya si Songkok Putih ni. Padahal, waktu saya hantar resume saya itu, kontrak saya dengan syarikat luar negeri tu dah bertanda tangan dan tiket penerbangan saya sudah pun diberi kepada saya

Gaji CEO tu pun LEBIH RENDAH dari apa yang saya dapat di luar negara. Saya ingatkan hendak berkhidmat kepada PAS dan perjuangan Islam dan saya sanggup mengambil gaji yang lebih rendah dari apa yang telah saya dapat.

Tapi, nak buat macamana, Dato Hasan lebih suka syarikat tersebut duduk di bawah pengawasan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara dari dijaga oleh saya. Tak heranlah beliau dan Ketua Bahagian tersebut selalu berjumpa di Eastin Hotel. UMNO lebih utama pada Dato’ Hasan berbanding dengan ahli dan aktivis parti sendiri untuk menjaga syarikat2 dalam Selangor ini. Nak buat macamana.

PEMBOHONGAN SONGKOK PUTIH

Saya tak terkejut Songkok Putih bersubahat dengan orang2 macam Batu Api ni. Kemungkinan, dia adalah penulis yang sama.

1.0 Ini kerana dalam email saya yang terbaru dengan Songkok Putih, saya bertanya bagaimana beliau masih menjadi Webmaster kepada Tranung Kite sedangkan dahulu beliau mengisytiharkan letak jawatan sebagai webmaster.

Beliau menjawab:

“mung kena bodoh di aku aje.. yang ganti tu aku jugak”

(Email tersebut saya lampirkan di bawah artikel ini.)

Ertinya beliau telah berbohong dengan keseluruhan pembaca Tranung Kite Online. Beliau menyamar kononnya telah letak jawatan sebagai Webmaster tapi hakikatnya beliau masih lagi memegang tampuk pemerintahan Tranung Kite Online. Saya mempunyai email terus dari beliau yang mengakui penipuan ini.

Email ini juga membuktikan beliau telah berbohong kepada pembaca2 TranungKite Online.

2.0 Dalam artikel2 saya yang sebelum ini satu masa dahulu pun saya sudah beri bukti betapa pembohongnya si Songkok Putih ini. Sila rujuk artikel saya yang sebelum ini di sini.

Songkok Putih pernah berjanji kepada saya dalam satu email pribadi beliau kepada saya. Saya nukil janji Songkok Putih itu:

““1. Isnya-Allah perbincangan antara peribadi enta dengan ana adalah rashia peribadi. Jika ana tak setuju dengan enta ana akan menulis secara umum melihat dan menggunakan nama yang enta menulis.”".

Namun selepas itu Songkok Putih telah mendedahkan email itu kepada umum sekaligus mengkhianati janji beliau kepada saya.

Untuk maklumat lanjut tentang isu ini, sila klik di sini

Songkok Putih telah mengkhianati janji beliau untuk tidak mendedahkan email pribadi saya dengan beliau kepada umum. Beliau sendiri berjanji dan beliau sendiri khianati janji beliau.

Bagi saya Songkok Putih telah membuktikan kepada kita beliau adalah seorang pembohong dan pengkhianat janji walaupun beliau ni pakai kopiah putih.

Kita tahu empat sifat orang munafik, maka Songkok Putih membuktikan beliau telah melakukan dua dari empat sifat tersebut.

Inilah dia tanda-tanda hasil tarbiyyah PAS Terengganu yang begitu hebat dan berakhlak tinggi. Mereka yang ditarbiyyah oleh PAS Terengganu seperti Songkok Putih ni agaknya diajar bahawa mereka diizinkan berbohong dan mengkhianati janji.

Jadi, kita dapat tengok pada hari ini siapa yang sesat dan siapa yang tidak sesat.

Tak heranlah dia benarkan artikel yang penulis nya tidak tahu membezakan antara unta dan kambing.

“p/s - Gambar di atas itu adalah gambar Tulang Besi dengan projek kambing di luar negara setelah frust dengan Dato' Hassan Ali.”

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP