Sebuah kunci pintu Kaabah yang berasal dari abad ke-13 akhirnya telah ditarik dari pelelongan di Istanbul, kata pengelola industri lelong Portakal pada hari Selasa kelmarin (8 Disember).
Kunci besi yang berasal di zaman kehilafahan Abbasiyah tersebut telah ditarik balik dari pelelongan sebagaimana yang dirancang akan dilelong pada 13 Disember akan datang.
Alasan menarik balik kunci tersebut kerana pihak pengurusan lelong Portakal yang biasa melelong barangan seni dan budaya, menyatakan bahawa kemungkinan agak susah untuk menjualnya.
Ini kerana sehingga sekarang belum ada penetapan estimasi harga kunci Kaabah yang mahu dilelongkan itu.
Kunci yang tak ternilai harganya itu akan diberikan kembali kepada pemilik asalnya yang tidak mahu disebutkan namanya, kata pengurusan lelong Portakal.
Mengikut cacatan terdapat 59 kunci Kaabah. Sebanyak 54 daripada kunci tersebut berada di Muzium Istana Topkapi di Istanbul. Dua lagi berada dikoleksi Es-Said Nuhad dan satu kunci berada di Louvre Paris. Manakala satu lagi berada di Muzium Seni Islam di Cairo.
Kunci besi Kaabah tersebut semuanya berukir dengan ayat suci al-Quran.
Kali terakhir kunci Kaabah pernah dilelong tahun lalu dengan harga 18.1 juta dolar Amerika kepada seorang pembeli yang tidak disebut namanya di tempat lelong Sotheby di London pada 18 April 2008.(fq/wb)
-
0 comments:
Catat Ulasan