Terengganu darul `al-punoh ranoh'

>> Selasa, Disember 22, 2009

Sekali lagi rakyat Terengganu dikejutkan dengan keruntuhan. Berita runtuh di Terengganu sudah jadi semacam bertali arus, sibuk, laju dan pantas.

Mengapa sedemikian buruknya gambaran yang diterima Terengganu? Ini kerana akibat kejadian runtuh bertimpa-timpa malah rakyat Terengganu sendiri sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan negeri dan mula menggelar `Terengganu darul al-punoh ranoh'.

"Ini tidak lain dan tidak bukan! Umno dan kroni Umno. Mereka kena bertanggungjawab. Bila PAS memerintah bermula 1999, royalti ditukar kepada wang ihsan. Mereka urus wang ihsan dan semua projek untuk kerajaan negeri.

Hasilnya sekarang kita perolehi dan nikmati pembangunan yang hampir semuanya musnah dan punoh ranoh," jawab orang Terengganu, Mohd Yusof Abdullah.

Isnin lalu, diberitakan penghadang cahaya kaca di terminal bas baru di Kuala Berang yang sedang dalam pembinaan runtuh.

Tiga buruh rakyat Bangladesh dan seorang buruh tempatan cedera dalam kejadian pada kira-kira pukul 3.05 petang itu.

Kejadian itu menyebabkan dua buruh yang berada di atas bumbung dan dua lagi yang berada di bawah cedera ringan di kaki dan tangan akibat terkena serpihan kaca itu.

Peristiwa runtuh bukan baru di Terengganu malah semacam sudah sinonim dengan negeri tersebut. Cuma nasib baik yang masih ada pada Terengganu ialah belum ada nyawa melayang daripada kejadian bumbung runtuh.

Barangkali juga kerana tidak ada kematian maka siasatan keatas tragedi tersebut terlalu lembab dan sehingga kini tidak ada syarikat atau individu yang sepatutnya bertanggungjawab dihukum.

Bermula keruntuhan bumbung makmal komputer sekolah di Terengganu lima tahun lalu, diikuti pula bumbung sekolah pada April 2008 dan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak Kuala Terengganu juga runtuh pada Jun 2009.

Lagi kes bumbung runtuh turut melibatkan Masjid Kampung Batu Putih di Kerteh, Kemaman, pada Oktober lalu.

Kemudian bertali arus lagi apabila berita melaporkan beberapa penghadang alat pendingin hawa Pusat Latihan Antarabangsa (ITC) di Teluk Kalong, Kemaman runtuh dan menimpa bumbung sebuah lagi bangunan berhampiran dalam kejadian 12 November lalu.

Kenapa? Apakah ia projek ketidakcekapan pengurusan, kroni, ashobiyyah atau bala?

Dari segi teknikal maka jelas menunjukkan kejuruteran yang tidak cekap. Mungkin juga terdapat unsur kecuaian kontraktor pembinaan tetapi sebagai pihak pemantau apakah kejuruteraan kerajaan lemah?

Disini timbul lagi persepsi, apakah kejuruteraan kerajaan sudah dibeli? Persoalan juga timbul bagaimana setengah kes bangunan boleh digunakan sedangkan Sijil Siap Kerja untuk bumbung belum dikeluarkan dan pengesahan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Faktor ini menyumbang kepada hilang keyakinan kepada kerajaan Umno. Malah insiden tersebut turut menjatuhkan integriti sebuah kerajaan negeri.

Apakah Umno telah hilang maruah menggunakan wang berbillion ringgit daripada wang royalti minyak tetapi hasil pembangunan amat memalukan?

Pada persepsi rakyat, nyatalah lebih daripada separuh wang perbelanjaan projek telah masuk pokek mereka dan kuncu sebab itu kontraktor tidak mampu membekalkan dan menyediakan prasarana mengikut speksifikasi yang ditetapkan.

Persepsi diatas boleh menjadi imformasi kerana kemusnahan yang berganda sejak akhir ini. Ia juga akibat daripada terdapat pihak melanggar perjanjian satu ketika dahulu dan sekarang ia makin terdedah kepada rakyat Terengganu sendiri.

Pada masa pemerintahan PAS selepas memenangi pilihan raya umum 1999, kerajaan pusat telah bertindak menyekat royalti milik kerajaan Terengganu.

Royalti tersebut ditukar kepada wang ihsan dan diurus oleh Pengerusi Umno Terengganu ketika itu Datuk Seri, Idris Jusoh.

Kerajaan pusat tidak memberi wang tersebut kepada pihak yang sepatutnya mengurus, maka kepincangan dan ketamakan menjadi haloba sehingga membolot habis wang yang sepatutnya dibelanja untuk mengurus kerajaan negeri.

Mereka menjadi tamak dan saling mengagihkan harta khazanah negeri seperti penyamun dalam cerita P Ramle bertajuk Nujum Pak Belalang.

Adapun hamba rakyat hanya mampu menikmati wang ihsan RM300 hanya untuk dua atau tiga kali dalam setahun. Itu pun orang tertentu yang dipilih oleh mereka. Bertambah teruk rakyat yang menerima sedikit habuan itu diugut mesti sokong Umno.

Sedangkan mereka bersenang lenang dengan wang rakyat menambah harta dan berjoli luar negara.

Bayangkan wang royalti berbillion ringgit yang diurus sebuah kerajaan negeri dibawah Umno masih juga terdapat kepincangan, apa lagi dengan seorang individu atau parti, sudah tentu lebih banyak penyelewengan.

Urusan meluluskan projek lebih kepada keputusan orang parti dan tidak melibatkan pegawai kerajaan maka kecekapan pengurusan tidak berlaku kerana tidak melalui prosuder protokol kerajaan.

Projek kepada kroni antara yang paling tidak dapat dielak dalam Umno. Kalau urusan tender dibawah pegawai kerajaan masih boleh berlaku kelulusan projek kepada kroni maka tidak hairan wang ihsan yang diurus secara langsung oleh Umno.

Oleh yang demikian nampak kebenaran pandangan setengah pihak mengatakan kelulusan projek kepada syarikat tertentu bukan berdasarkan kepada kemampuan atau merit tetapi lebih kepada kroni dan kepentingan peribadi Umno. Jadi tidak hairan kes bangunan runtuh makin menjadi-jadi.

Ditambah lagi persepsi mengatakan mereka yang disekeliling Idris mempunyai simpanan berjuta ringgit di bank Switzerland. Disamping kesungguhan golongan tersebut mahu mempertahan jawatan menteri besar kerana kepentingan bagaimanapun pihak istana lebih mengetahui licik mereka.

Sebelum PAS memerintah Terengganu, kerajaan Umno menikmati royalti berbillion ringgit tetapi akibat daripada pengurusan kerajaan negeri Umno lemah, maka rakyat Terengganu disenarai kedua termiskin di Malaysia.

Cekapkah pemerintah dengan wang berbillion ringgit dan mentadbir hanya 900 ribu penduduk tetapi rakyatnya antara termiskin di Malaysia?

Negerinya pula tidak semaju untuk dibanding dengan Selangor yang juga antara negeri berpendapatan tingggi seperti Terengganu.

Malah Terengganu berhutang pula dengan kerajaan pusat lebih RM800 juta semasa PAS mengambil alih pemerintahan dan sekarang dibawah kekuasaan Umno kembali meningkat RM997.60 juta.

Dalam sidang Dewan Rakyat, kerajaan pernah mengakui pemerintah PAS Kelantan antara yang konsisten membayar hutang kerajaan pusat berbanding negeri dibawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang culah.

Jadi dimana alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menolak pemberian royalti minyak kepada kerajaan Kelantan?

Najib kena ingat keruntuhan bertimpa di Terengganu kerana doa orang PAS Terengganu kena zalim. Mungkin Umno sudah lupa tetapi bagi PAS peristiwa Umno merobohkan Masjid Bujal, di Kijal, Kemaman pada 26 Mei 2005 memberi peringatan kepada mereka yang zalim.

Sabda Nabi saw: "Berhati-hatilah atau takutlah akan doa orang yang dianiaya atau dizalimi sebab antara doanya dengan Allah tidak ada penghalang (doanya dikabulkan)."

Umno bukan sahaja merobohkan masjid tersebut malah rumah penduduk turut dihancurkan. Air mata orang kampung mengalir mengingatkan peritnya keringat mereka untuk membina sebuah tempat berteduh tetapi kerajaan Umno sewenangnya menghacurkan rumah mereka.

Air mata ini sekarang menjadi racun kepada Umno, menjatuhkan maruah dan integriti Umno dimata rakyat Malaysia. Semua pembangunan yang didirikan mereka seolah bertimpa dan menunggu masa untuk menjatuhkan kerajaan Umno di Terengganu.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP