Orang jahat kaki putar memang jenis suka cabar ke mahkamah

>> Khamis, Disember 10, 2009

Saya setuju sangat dengan pandangan Ustaz Nik Amar mahu kerajaan Pusat selesai isu royalti minyak secara baik. Mahkamah sebenarnya bukan jalan penyelesaian.

Sebaiknya mahkamah itu kita biar mereka menguruskan soal jenayah yang makin tinggi. Berikan keselesaan para hakim menyelesaikan masalah mereka yang ditahan kerana jenayah.

Jangan pula kita yang keras kepala bebankan mereka dengan karenah yang kita cipta sendiri. Kalau kita benar ikhlas dan mengakui hak orang lain sepatutnya kita hormati.

Sebaliknya kerajaan Pusat tetap dengan kedegilan. Sebab itu masalah makin bertimbun. Bila bertimbun kita nak bebankan kepada hakim suruh diputuskan kita tidak bersalah dengan perangai kita yang jahat.

Mereka ini tidak mahu kembali kepada hakikat sebenar tetapi bermain dengan istilah yang sengaja diputar belit.

Kalau nak main belit kita pun boleh belit. Dia kata minyak ditemui luar perairan Kelantan. Macam hujah yang dicipta di Terengganu untuk batalkan royalti kepada wang ihsan. Tetapi yang peliknya di Terengganu bila puak dia perintah bagi royalti balik.
Ini betul-betul pilih bulu.

Kalau minyak tu ditemui luar perairan Kelantan maknya luar Malaysia la. Kalau dah luar minyak kerajaan Malaysia pun tak layak gali minyak. Kena bagi PBB biar dia gali. Ini cakap orang bodoh la. Padan la jawab untuk orang jahat.

Berikut kenyataan Nik Amar

"Mari selesai cara adik beradik" - Timbalan Pesuruhjaya Pas III K'tan

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Isu tuntutan royalti minyak negeri Kelantan tidak perlu dibawa hingga ke peringkat mahkamah kerana masih terdapat ruang perbincangan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat bagi menyelesaikan perkara berkenaan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, isu royalti minyak itu seharusnya diselesaikan dengan cara rundingan 'anak-beranak'.

"Buat apa nak bawa sampai masuk mahkamah, perkara ini boleh diselesaikan dengan cara baik," kata beliau.

Jelasnya, kerajaan negeri masih menaruh harapan agar satu perbincangan khusus dapat diadakan dengan perdana menteri berhubung isu tuntutan royalti minyak ini.

"Baru-baru ini kerajaan negeri ada mengemukakan permohonan kepada perdana menteri untuk diadakan satu rundingan berhubung isu ini.

"Kita harap sangat agar diberikan satu ruang untuk diadakan perbincangan tersebut, cara bersemuka lebih molek.

"Malah ini adalah isu antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat, selesaikanlah ikut cara anak-beranak, Kelantan pun sebahagian daripada Malaysia," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cabaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz agar membawa kes tuntutan royalti minyak ke mahkamah daripada berbuat sesuatu yang bersifat retorik dan tidak boleh membawa perubahan kepada status quo.

Mohamed Nazri dilaporkan berkata, membawa isu tuntutan itu ke mahkamah merupakan langkah paling tepat berbanding usaha retorik antaranya tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa yang bukan-bukan terhadap perdana menteri dan kerajaan pusat.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebelum ini dilaporkan mendoakan supaya pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bertanggungjawab tidak memberi royalti minyak supaya "pecah perut" sebagai reaksi terhadap keengganan Kerajaan Persekutuan menyerahkan bayaran royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya sekadar memberikan wang ihsan.

Pada 4 November lepas, Najib mengumumkan pembayaran wang ihsan daripada kerajaan Pusat kepada Kelantan yang akan bermula tahun depan.

Sehubungan itu Mohd Amar berkata, kepimpinan PAS Kelantan merasakan masih terlalu awal untuk membawa kes berkenaan sehingga ke mahkamah.

"Sekarang bukan masanya lagi... masih terlalu awal, kita tidak akan terburu-buru tentang isu ini," ujarnya.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP