Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, berteka Kolonel Mat sampai sekarang blogger dan media tidak berteki. Tok Guru Nik Abdul Aziz timbul Kolonel Mat kerana ada pihak yang mahu menjatuhkan beliau dan kerajaan beliau.
Selepas itu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berminat juga dengan permainan Tok Guru Nik Abdul Aziz. Maka direka teka bekas pemimpin Umno yang kanan. Bagaimanapun teka Tun Mahathir tidak berapa disambut untuk dijawab, kerana apa ya?
Permainan teka tambah menarik bila Presiden PAS pun ikut serta. Kalau ada sponsor sudah tentu boleh sediakan hadiah menarik dan makin bertambah.
Tok Guru Abdul Hadi Awang pula berteka penasihat sebagai pihak yang menyebabkan Tok Guru Nik Aziz terjerumus dalam kontroversi dakwaan mengamalkan kronisme. Teki, siapa orangnya ya?
Inilah permainan politik. Kalau kita terikut sangat kita jadi pening. naik darah dibuatnya. Pasal tu orang politik mudah kena darah tinggi.
Lebih baik kita elak. Jadikan ia sendeloka... homur, biar ketawa sikit. Kalau ada orang dok mengaku Kolonel Mat tu biarkan dia nanti silap-silap dia masuk perangkap Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Jangan pening... masing-masing penulis boleh reka persepsi. Begitu saya ada hak berpendapat tetapi saya tidak memaksa pembaca bersetuju atau menerima bulat-bulat pendapat saya.
Biasanya penulis bagi jalan. Malah ada penulis bagi banyak jalan. Kan haru tambah celaru.
Tidak! Banyak jalan tu, mudahkan kita. Mungkin ada jalan shot cut lagi dekat. Buat apa ikut jalan jauh. Nasib tak baik kena jalan mati maka bertambah jauh. Paling malang kena jalan jerangkap samar alamat maut nak bertemu pun tak sudah.
Ada yang kata mantik. Ada yang kata batang tubuh tetapi hakikatnya dua-dua boleh terima. Apa yang penting Tok Guru Nik Abdul Aziz tengah pasang perangkap siapa silap menari maka terjatuh.
Sebelum ini saya tulis itu hak Tok Guru nak bagi tahu siapa Kolonel Mat. Itu politik dia. Kalau dia nak dedah dia dah tulis dalam blog. Tok Guru ada blog. Anak dia, Nik Abduh boleh tanya Tok Guru kalau setuju boleh tulis dalam blognya. Jadi ada benda dalam kepala Tok Guru. Kalau anda rapat tanya la dia!
Teka Tun Mahathir saya dah beri pendapat dalam posting yang sama mengenai Tok Guru tadi. Kalau nak jelas juga kena tanya Tun.
Adapun teka Tok Guru Abdul Hadi sudah diketahui jawapannya oleh penasihat Tok Guru Nik Abdul Aziz. Kena tanyalah mereka.
"Siapa saya nak tanya?"
La! Anda tidak tahu jawapan. Saya rasa orang yang layak memberi jawapan Tok Guru Nik Abdul Aziz.
"Sudah tentu dia tidak mahu bagi tahu?"
Nasib andalah jadi manusia yang akan tidak tahu. Apa! Awak mahu persepsi saya juga. Saya takut nanti fitnah tetapi saya boleh bagi jalan kepada anda dan terpulang kepada anda mahu percaya atau tidak. Saya tidak memaksa.
Jangan pula nanti tuduh saya memburukkan orang ni atau orang itu. Saya pun tidak kata dia tetapi kajian berdasarkan persepsi.
Jalan pertama yang ada dalam kepala anda ialah penasihat Tok Guru Nik Abdul Aziz itu ramai. Malah kakitangan kerajaan juga penasihat Tok Guru.
Jalan kedua berdasarkan tulisan Nik Abduh di blognya, baca di sini http://nikabduh.wordpress.com/2009/04/24/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas/ supaya tidak menimbulkan banyak fitnah anda juga kena baca ini http://nikabduh.wordpress.com/2009/04/28/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas-2/ dan ini http://nikabduh.wordpress.com/2009/05/01/sebelum-anda-dimamah-fitnah/
Anda jangan menuduh siapa. Bukan kita yang menghukum. Allah lah yang maha menghukum. Kita serah kepada keadilan Allah. Kita hanya boleh berpendapat belum tentu lagi pendapat kita benar.
Kita buat persepsi dan terpulang kepada anda menerima persepsi. Ada yang terima positif maka baiklah ia kalau diterima negetif makin melarat ia.
Sebelum ini, Presiden PAS menyalahkan penasihat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang gagal memberikan "nasihat undang-undang dan politik" yang betul sehingga menjerumuskan menteri besar itu dalam kontroversi dakwaan mengamalkan kronisme.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Nik Abdul Aziz, sebagai pengerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), "telah menjalankan pelantikan yang ikhlas" apabila menaikkan Abdul Ariffahmi Abd Rahman, seorang menantunya, sebagai ketua PMBK.
"Apa yang kurangnya ialah mereka yang bertugas di sekeliling yang tidak memberi nasihat perundangan dan politik yang betul kepada Tok Guru," kata presiden PAS hari ini.
"Kita dapati bahawa selama 19 tahun pemerintahan PAS di Kelantan, Tok Guru selaku menteri besar dan ahli keluarganya tidak pernah mengambil peluang dari jawatan yang diamanahkan ini."
Abdul Hadi, yang turut campur tangan dalam kontroversi itu sehingga mendorong Abdul Ariffahmi digugurkan sebagai ketua pegawai eksekutif PMBK, mengulas isu tersebut dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan ini yang disiarkan di akhbar web rasmi parti dipercayai sebagai menjawab serangan media dan pemimpin Umno terhadap Nik Abdul Aziz, juga mursyidul am parti itu, yang dituduh mengamalkan pilih kasih kepada anggota keluarga sendiri.
Abdul Hadi bagaimanapun tidak menyebut pihak yang dituduh memberikan nasihat yang salah kepada tokoh besar PAS itu, sama ada pegawai tinggi kerajaan atau barisan pemimpin kanan kerajaan negeri itu.
Sewaktu mengumumkan keputusan mesyuarat bersama Abdul Hadi pada 23 November lalu, Nik Abdul Aziz dilaporkan mengarahkan menantunya itu berbuat demikian demi "menjaga nama baik kepimpinan Islam khususnya PAS."
"Dulu masa saya lantik beliau, ada penasihat undang-undang, beliau tidak komen apa. Jadi saya lantik.
"Nanti untuk elak fitnah melalui bermacam saluran seperti surat layang jadi tidak mahu fitnah ini berkembang," beliau dipetik berkata.
Abdul Hadi, juga ahli parlimen Marang, menyifatkan tindakan Nik Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas bermesyuarat dengan barisan pemimpin kanan parti sebagai "satu tanda keikhlasan dan jiwa besar" menteri besar itu.
"Sifat berjiwa besar ini juga ditunjukkan oleh seluruh ahli keluarga beliau yang bersabar dengan ujian yang dan ini sangat berbeza dengan konsep kronisme yang diamalkan oleh kerajaan BN yang tidak boleh dirombak dan dirungkaikan," katanya lagi.
Selain Abdul Hadi, pemimpin lain yang turut hadir dalam mesyuarat bersama Nik Abdul Aziz sebelum peletakan jawatan Abdul Ariffahmi: Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Bendahari Agung PAS Dr Hatta Ramli.
-
0 comments:
Catat Ulasan