Ohhh! Nakhaie bila mahu keluar Umno, tak teringin Timbalan Presiden PAS ke?

>> Isnin, Disember 14, 2009

Boleh dikatakan hebat juga Nakhaie. Sapa berani kata isteri Perdana Menteri berdosa tidak tutup aurat. Maknanya dalam soal berterus terang dengan hukum Nakhaie ni kira berani.

Gambar: Nakhaie berkata Rosmah berdosa dan bakal dapat siksa di akhirat)

Kita selalu mendoakan semoga beliau keluar Umno. Lebih baik jadi penceramah bebas daripada menyertai Umno. Kalau mahu jawatan sekalipun kenapa perlu duduk dalam Umno. Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mufarakah dengan Umno kenapa beliau masih setia di situ.

Harap kalau niat beliau betul untuk dakwah sepatutnya beliau tidak berada dalam usus yang membusut tersebut. Akibatnya nama beliau juga tidak sehebat dan segah ketika bersama PAS dahulu.

Pernah juga perkara lepas yang telah berlaku kita bincang bersama kawan-kawan. Itu sebabnya timbul lagi persepsi kalau - kalau - kalau dan kalau. Ya kalaulah Nakhaie ada dalam PAS sampai sekarang, mungkin beliau sudah jadi Timbalan Presiden PAS.

Bila kawan kata begitu, saya pun ikut terlintas dan terfikir pernah pemimpin PAS puji Nakhaie kerana kehebatan beliau dalam merangka ucapan dasar atau kertas kerja.

Belum ada lagi pemimpin PAS sekarang yang boleh buat ucapan dasar dengan meletakkan tema dahulu selepas itu rangka kandungan. Kebanyakan pembuat ucapan sekarang merangka isi dahulu baru ditemui tema.

Nakhaie juga diakui pemimpin PAS sebagai antara yang terbaik berhujah. Sebab itu kita tengok berita beliau dibawah bagaimana beliau mengemukakan hujah untuk pertahan Umno.

Oleh kerana benda yang dia pertahan tidak kena pada tempat maka kena booo la dia. Sama ada orang boleh terima atau tidak, itulah beliau kerana itu beliau berani. Tidak sebagaimana orang Umno berani belakang bila berdepan takut.

Kalau... kalau lagi. Kalau beliau jadi Timbalan Presiden PAS barang kali tidak lagi timbul atau persoalan yang makin bertalu-talu musim ini, siapa pengganti Presiden PAS sekarang. Fikir-fikirla...

Minta maaf ya bukan maksud saya nak pecat Presiden tetapi bakal pengganti atau pelapis bila Presiden tidak ada.

Berikut bacalah berita beliau dibawah:

Isteri PM berdosa tak tutup aurat – Nakhaie Ahmad
M Faqih

KOTA BHARU, 14 Dis: Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad berkata, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tidak menutup aurat sebagai berdosa.

“Perbuatan seperti itu satu dosa,” katanya merujuk kepada soalan seorang peserta pada satu wacana yang dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri di Kelantan Trade Centre.

Penganjur bersama program itu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Perbadanan Menteri Besar.

Seorang peserta menanyakan apa hukum isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak menutup aurat dijawab bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad sebagai berdosa.

Katanya, di akhirat kelak wanita yang tidak menutup aurat akan ditanyakan di hadapan Allah Taala mengapa tidak mematuhi suruhan agama.

Dewan konvensyen tempat wacana diadakan penuh sesak sehingga memaksa penganjur memasang dua skrin besar di luar dewan. Orang ramai melimpah sehingga ke atas jalan raya.

Wacana itu yang panas sepanjang program berlangsung menampilkan tiga lagi anggota panel iaitu anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Mohd Affendi Yusof.

Pensyarah kanan UKM, Prof Madya Dr Mohd Agus Yusof bertindak sebagai moderator. Hadir sama anggota Exco, Dr Mohamad Fadzli Hassan.

Nakhaie yang juga bekas Naib Presiden PAS memberitahu, beliau meninggalkan parti itu dan menyertai Umno kerana tidak ada program dakwah dalam PAS.

“Sebab itulah sepanjang berada bersama PAS saya gagal mengislamkan seorang pun bukan Islam.

“Sedangkan ketika menerajui Yadim saya berjaya mengislamkan kira-kira 7,000 bukan Islam di Sabah dan Sarawak,” katanya diikuti suara riuh rendah orang ramai.

Penjelasan Nakhaie dari awal sehingga akhir dipertikaikan hadirin sehingga ramai yang menyoraknya.

Kadang kala beliau kelihatan emosi kerana tidak tahan berdepan dengan penonton yang cuba mencemuhnya.

Mohd Afffendi pula tanpa menyembunyikan perasaan menjelaskan mahu hak Kelantan mendapatkan royalti minyak diberi perhatian kerajaan pusat.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, katanya apa pun istilah yang digunakan kerajaan pusat sama ada royalti atau ihsan ia perlu dinikmati rakyat negeri ini.

Kata beliau rakyat Kelantan tidak perlu didiskriminasi bagi mendapatkan hak mereka.

Sedangkan sebelum itu ketika menjawab soalan moderator katanya, royalti hanyalah istilah Inggeris yang digunakan, sehingga disorak orang ramai.

Malah katanya, perjanjian yang ditandatangani di antara Menteri Besar, Datuk Mohamad Nasir dan Petronas pada 1975 seperti tidak sah kerana ada perjanjian baru dibuat kerajaan Malaysia dengan Thailand pada 1990.

“Mengikut perjanjian tersebut cari gali minyak berlaku di kawasan JDA yang melibatkan Malaysia dan Thailand, di mana pembahagian dibuat 50 – 50.

“Jadi perjanjian lama pada 1975 sudah tidak terpakai kerana minyak dicari gali di kawasan JDA,” ujarnya.

Merungkai persoalan itu Mohd Amar menjelaskan kerajaan Thailand membahagikan royalti kepada Songkla memandangkan kedudukan JDA lebih dekat dengan wilayah itu.

Sedangkan katanya Malaysia tidak membahagikan royalti kepada Kelantan biar pun kawasan carigali dekat dengan negeri tersebut.

“Ini bermakna Thailand jauh lebih cerdik berbanding Malaysia kerana cuba menafikan hak royalti minyak,” katanya disambut gelak ketawa orang ramai.

Dr Asri pula tidak mahu ulama masuk campur dalam tuntutan royalti dibuat kerajaan Kelantan kerana silap percaturan ia boleh menghakiskan kepercayaan rakyat kepada golongan berkenaan.

“Saya kata kepada Perdana Menteri bagilah kepada Kelantan kerana itu hak mereka. Pemimpin kena bersikap adil kepada semua pihak seperti dituntut Islam,” katanya.

Ketika menjawab soalan Dr Agus, Mohd Amar berkata, halangan kerajaan pusat terhadap Kanun Jenayah Syariah diluluskan di Kelantan bukan bermakna hukum itu tidak mahu dilaksanakan.

“Samalah seperti lampu trafic light merah, kita berhenti sekejap. Berhenti pun enjin kereta kita masih hidup.

“Dan apabila lampu isyarat sudah bertukar menjadi hijau maka kita jalanlah,” katanya.

Mohd Affendi juga memuji tindakan kerajaan negeri menganjurkan wacana seumpama itu bagi memberi peluang kepada rakyat mendapatkan maklumat dua hala.

Oleh itu katanya, Pemuda Umno sedia menganjurkan program wacana pada masa akan datang dengan menjemput wakil dari PAS.

Mohd Amar pula berkata, beliau sedia hadir pada wacana anjuran Umno jika bersesuaian dengan tajuknya.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP