Malang nasibmu Britain, kau pun diboikot Israel

>> Jumaat, Disember 18, 2009

Israel ni dia kira apa. Siapa yang berani jentik dia..., alamak kena la. Kali ini Britain terima nasib diboikot Israel sebab Britain mahu tangkap bekas menteri luar Israel.

(Gambar: Parlimen Israel kemuka usul boikot barangan Britain)

Kita tidak tahu apa tindakan Britain selanjutnya apabila menerima tekanan tersebut. Apakah Britain akan mengalah dengan Israel kerana banyak produk Israel diimport Britain malah yang pastinya syarikat konglomerat akan turut memberi tekanan kepada Britain.

Menteri luar ni kaki perang masa jadi menteri dahulu. Bila dah kaki perang maka bermacam-macam kejahatan perang dilakukan dan membunuh 1,400 orang Palestin di Semenanjung Gaza.

Mahkamah Inggeris akan mengeluarkan notis perintah penangkapan terhadap bekas Menteri Luar Negeri Israel, Tzipi Livni, maka Israel bertindak balas menyeru rakyatnya memboikot produk Britain.

Seramai 40 ahli parlimen Israel menyeru untuk memboikot produk Inggeris dan menarik balik eksport barangan Israel ke negara tersebut, kerana sikap mahkamah Inggeris tersebut.

Petisyen boikot diusul oleh Ronit Tirosh ahli parti Kadima dan turut ditandatangani majoriti ahli parlimen daripada parti tersebut.

Tirosh dalam kenyataannya mengatakan bahawa masyarakat Israel harus berpikir dua kali sebelum membeli produk negeri tersebut jika Britain tidak menarik balik keputusan pengadilan mereka itu.

Malah parti Kadima akan membantu kementerian pertanian dan perdagangan Israel untuk mengenal pasti produk Inggeris bagi memudahkan rakyatnya memboikot barangan tersebut.

Akibat surat perintah penangkapan yang dikeluarkan oleh mahkamah Britain untuk menangkap Livni, hubungan kedua negara tersebut menjadi tegang.

Bahkan duta besar Israel di Britain, Ron Prosor berkata dalam kenyataannya terhadap perintah tersebut: "Situasi ketika ini tidak boleh bertoleransi lagi dan sudah masanya untuk segera berubah."(fq/imo)

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP