Biasala manusia kerja mengfitnah, mengutuk, memaki memang sedap. Apa lagi tak ada orang halang. Dunia maya penuh kebebasan dan akhir kita jauh daripada etika penulisan.
Kalau pun kita mahu langgar etika tetapi hukum Allah SWt tetap ada. Tidak semua atas dunia ini kebebasan untuk kita.
Dahulu penulisan kita amat terhad. Akhbar tidak akan siar kalau kita menulis sedemikian - merujuk tulisan Tulang besi dan Batu Api. Lagi tempat surat khabr amat terhad dan tidak mungkin akan melayan perkara remeh temeh.
Sebaliknya dunia blog sekarang amat menyeronokkan. Orang maki dan kutuk kita dekat luar blog kita boleh lawan balik tulis dalam blog. Masalahnya kita tidak beri keadilan kepada pihak yang kita serang.
Kita sentiasa merasakan diri kita betul. Bila kita kena fitnah balik. Baru kita melenting. Habis segala sumpah kita keluar nak selamatkan diri kita.
Apakah kita sedar yang selama ini kita juga mengfitnah orang membabi buta. Menuduh orang lain kaya dengan cara salah. Sedangkan kita kata kita gaji berkali ganda megalahkan menteri.
Orang yang kita tuduh pula kita tidak beri peluang dia jawab.
Perkara yang paling dajal bila kita buat sesuatu tuduhan dalam blog dan apabila diketahui perkara itu fitnah sebaliknya penulis blog tidak pula memohon maaf.
Dia main pakai diam begitu je... Konon nak jaga imej blog supaya dikenali blog sentiasa betul dan tiada laporan palsu.
Satu lagi yang kerja menyambung ke blog dan ke blog pun satu hal. Bila dia copy dan akhirnya didapati perkara itu tidak betul dia main pakai diam je. Bukan hendak minta maaf dengan orang yang dia buat tuduhan.
Lebih baik kita ikut etika. Kalau tak nak ikut etika penulisan kita ingat Allah SWT. Kebebasan mana sekalipun kita menulis tetapi kita tetap ada batas hukum.
-
0 comments:
Catat Ulasan