Rosmah cari Tian Chua ke lubang cacing?

>> Rabu, Disember 23, 2009

Rosmah Mansor cenger (melenting) kepada wartawan bila bertanyakan soalan wang seludup RM600 ribu diberi kepada beliau.

Isteri Perdana Menteri, Najib Tun Razak itu cukup marah kepada wartawan yang bertanyakan kepada beliau soalan tersebut tetapi kenapa dingin dengan Tian Chua yang membuat tuduhan itu.

Wanita pertama Malaysia itu tidak pula mahu dan heret Tian Chua ke mahkamah. Kenapa tidak cari Tian Chua hingga ke lubang cacing sebaliknya melenting kepada wartawan yang bertanyakan soalan itu.

Memang kerja wartawan membuat laporan checks and belance. Memberi peluang seluas-luasnya kepada pihak dituduh menjawab bagi pihaknya daripada gosip liar penuduh.

Jika tidak diberi peluang kepada pihak dituduh menjawab macam kebanyakan amalan blogger maka ia dipanggil bais atau laporan berat sebelah.

Jadi wartawan yang bertanyakan mengenai tuduhan Tian Chua itu mengikut ertika kewartawanan untuk memberi ruang kepada pihak yang dituduh menjawab gosip penuduh.

Kenapa pula Rosmah perlu sergah kepada wartawan yang mahu memberi ruang kepada beliau membela diri?

"Tak patut..." kata Mail yang terkenal dengan dua seringgit dalam filem aminasi Upin dan Ipin di tv.


"Betul... betul... betul" balas Ipin.

Habis doh cerita tu... ini cerita Ukin pulak yang terkenal berperangai baik dan suka menasihati, mahu juga ingatkan Rosmaria dia tu.

Maka berkatalah Ukin: "Baiklah mungkin Ros tidak suka soalan peribadi tetapi Ros patut fikir bahawa tuduhan itu telah menjatuhkan maruah kita sebagai dara pertama Malaysia.

Kalau Ros tidak suka menjawab maka sebaiknya kita guna saluran kedua iaitu kita saman apek tu di mahkamah. Apek tu betul-betul telah menjatuhkan reputasi dara pertama Malaysia. Kalau kita tidak berbuat demikian kita akan merundum.

Ros patut sedar atau jangan buat tidak sedar tentang dunia maya banyak membincangkan moral kita selaku isteri kepada ketua sebuah negara.

Jika Ros tetap tidak mahu melayan pertanyaan media atau mahu buat `donoo' kepada perkara
yang ditimbulkan Apek tu, Ros jangan harap orang akan sokong BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Mahu ke Ros menjatuhkan abe dalam pilihan raya nanti? Tentu Ros tidak mahu tetapi Ros patut sedar tindak tanduk Ros boleh menjatuhkan abe dalam pilihan raya akan datang.

Bagi menghalang pembangkang menjatuhkan abe maka Ros patut membersihkan diri. Kalau boleh Ros perlu mandi bunga untuk buang perkara yang terpalit benda-benda kotor.

Ros jangan percaya sangat perkara tahyul tu... ilmu hitam tu... jangan dilayan. Kalau isu tahyol kita nak guna jalan kedua iaitu mahkamah, mungkin dia tak makan saman.

Itu pun kena abe sokong cadangan hok orang panggil Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Harun Din yang cadang buat undang-undang hukuman keatas pengamal sihir.

Tapi Ros oii.. hok bab RM600 ribu ni macam mana? Takkan nak mandi bunga juga! Ni kita kena
cari idea, jangan sampai abe jatuh. Kita tidak boleh diam saja...

Kalau malas fikir, kita jawab je pertanyaan wartawan atau kita saman je Apek tu. Susah sangat kita cari je Apek hingga ke lubang cacing... kita ISAkan dia.

Tapi susah juga abe nanti sebab abe dah lepas orang keluar ISA takkan abe nak tangkap orang politik sumbat ISA.

Ohhh... Ros selamatkan abe... Ros. Jangan buat macam ni Ros nanti abe jadi ketua sebuah negara berumur paling pendek dalam dunia.

Idea Ros... idea Ros... selamat dunia hijau... jangan ditambah letupan, kotorkan dunia... selamatkan abe. Abe mahu lupakan negara Monggolia. Dia bukan negara cantik untuk dilawati.

Ros... pulihkan nama Ros. Kalau Ros pulihkan nama Ros, abe pun selamat.

Berikut berita beliau sergah wartawan dalam sidang akhbar yang dilaporkan Malaysiakini:


Rosmah enggan layan 'pembohongan, gosip'


Belum sempat soalan berhubung pemindahan wang RM600,000 secara tidak sah ke Dubai dikemukakan, sidang media isteri perdana menteri Rosmah Mansor terus ditamatkan.

Ketika Malaysiakini ingin mendapat penjelasan berhubung dakwaan wang itu disalurkan ke akaunnya Ogos tahun lalu, beliau terus memotong soalan tersebut dengan berkata:

"Saya kata (tanya) soalan berkaitan. Saya tidak mengulas gosip. Saya tidak mengulas pembohongan.

"Itu yang saya cakap tadi, kita mesti fokuskan pada isu yang lebih besar.

"Jika anda mahu berjaya, anda kena fokuskan pada isu yang lebih besar.

"Saya tahu anda mahu menjual surat khabar, tetapi marilah fokus pada isu yang lebih besar dan
relevan yang boleh memberi manfaat kepada semua orang, semua rakyat Malaysia."

Soalan yang dikemukakan kepada Rosmah (foto atas, kanan) hanya berjaya disuarakan separuh sahaja, "saya (Malaysiakini) hendak tanya tuduhan pembangkang minggu lepas bahawa..."

Sidang media beliau diadakan selepas majlis penyerahan bantuan khas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada 10 NGO di sebuah hotel di Kuala Lumpur tengah hari ini.

Rosmah bagaimanapun selepas itu sempat bergurau dengan kumpulan wartawan di situ dengan berkata:

"Habis dah soalan? Dah kena sergah tidak ada dah soalan?"

Usikan itu disambut ketawa kecil daripada wakil-wakil NGO berkaitan pembangunan wanita
dan komuniti yang hadir di majlis tersebut.

Hadir sama dalam program tersebut, menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Pada 17 Disember lalu, ahli parlimen Batu mendakwa, satu pihak - yang tidak dinamakan - membuat pemindahan wang itu kepada Rosmah melalui pengurup wang, yang kini dikenakan tindakan oleh Bank Negara Malaysia.

Tian Chua (foto) mendakwa wang tersebut "kemungkinan bagi membiayai urusan membeli-belah" isteri perdana menteri.

Dalam sidang sama, Shahrizat sebelum itu berharap Rosmah dapat membantu mejuarai isu berkaitan wanita, keluarga dan masyarakat dengan pemberian bantuan RM1.7 juta kepada kumpulan NGO berkenaan.

Menyambutya dengan penuh ceria dan berjenaka, Rosmah kemudian berkata:

"Bagaimanapun saya ada bos yang lebih besar di rumah. Tetapi saya rasa beliau (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak ada keberatan untuk memberikan persetujuan untuk saya menjuarai isu-isu wanita, keluarga masyarakat, terutama sekali kanak-kanak."

Rosmah juga mengingatkan wanita supaya tidak menukar kerajaan BN hari ini kerana mereka telah mendapat perhatian dan bernasib baik di negara ini.

"Saya di Singapura baru-baru ini telah memaparkan bagaimana kaum wanita di negara kita telah mendapat pencapaian yang tinggi.

"Dan saya kata, tidak payahlah tukar kerajaan. Inilah kerajaan yang telah banyak memberikan sokongan dan kerjasama terhadap berbagai-bagai isu."

Dalam satu sidang media di republik itu minggu lalu, Rosmah dilaporkan enggan memberikan jawapan berhubung beberapa pendedahan negatif terhadapnya.

Beliau menyifatkan semuanya itu tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan oleh musuh-musuh politiknya.

Tanpa menyebut tuduhan-tuduhan itu, Rosmah dipercayai merujuk dakwaan di Internet bahawa beliau mempunyai kaitan dengan kehilangan penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Dalam wawancaranya, seperti dimuatkan di Youtube dan blog Malaysia Today, Balasubramaniam mendakwa Rosmah - melalui seorang ahli perniagaan Deepak Jaikishan - gembira dengan keputusannya menarik balik akuan bersumpah 3 Julai tahun lalu yang menuduh Najib ada hubungan intim dengan Altantuya Shaariibuu.

Perdana menteri dan isterinya sering menafikan pembabitan mereka dengan kes wanita Mongolia itu, yang mati dibunuh pada 2006.

Berita Malaysiakini dibawah ini pula mengenai tuduhan Tian Chua terhadap Rosmah:

Tian: RM600,000 dikirim buat Rosmah di Dubai


Seorang ahli parlimen PKR mendakwa individu yang tidak dikenal pasti menghantar RM600,000 melalui pengurup wang kepada Rosmah Mansor ketika isteri perdana menteri berada di Dubai, Ogos tahun lalu.

Tian Chua berkata, beliau mempunyai dokumen yang membuktikan berlakunya transaksi tersebut, yang melanggar undang-undang.

Beliau bagaimanapun, tidak tahu tujuan wang itu digunakan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Tian juga mendakwa bahawa dua tokoh korporat melakukan kesalahan yang sama.

Beliau mendakwa Datuk Abu Sahid Mohamad telah menghantar RM22.2 juta ke United Kingdom antara Jun dan Ogos 2008, melalui pengurup wang Salamath Ali. Ia didakwa untuk membeli hartanah.

Tian juga mendakwa ahli perniagaan Syed Mohammad Syed Nursin pula menghantar RM1.19 juta ke UK melalui Salamath Ali, juga untuk tujuan membeli hartanah.

Syed Mohammed adalah adik kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Tian berkata, beliau mempunyai salinan surat tunjuk sebab yang dihantar oleh Bank Negara kepada pengurup tersebut, memintanya menjelaskan mengenai pengiriman wang secara haram itu.

Ahli parlimen Batu menggesa Bank Negara supaya menyiasat orang yang menghantar wang tersebut dan bukan hanya memfokuskan siasatan kepada pengurup terbabit sahaja.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP