Tumbuh tak berdahan - Ustaz Mohammad Iraqi

>> Rabu, Disember 30, 2009

Kita pun pelik tidak ada angin dok cerita isu calon pilihan raya tiba-tiba keluar kenyataan Kelantan tidak terima calon luar pilihan raya akan datang.

Nasib baik Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Ustaz Mohammad Daud Iraqi bukan jenis kaki saman. Kalau tidak dah kaya. Ustaz ni tak pelahap sangat dengan wang saman.

Kalau dah orang baik macam tu sepatutnya wartawan dan akhbar yang buat laporan tersebut pergi jumpa Ustaz Mohammad, minta maaf... bertaubat. Nanti... kan kena jenggi ulama bertambah gelap hati!

Minta maaf siar apa yang sebenar berlaku. Jangan permainkan orang tua... tidak baik! Tidakkah kita kesian lihat ustaz Mohammad terpaksa menepis kiri kanan hasil daripada apa yang dia tidak cakap.

Blog ni pun satu hal tanpa usul periksa dok jadi sambung menyambung benda yang tidak betul. Masuk share la kira tu. Tapi kalau share api neraka, baik beringat.

Kata ustaz Mohammad: “Saya tidak pernah buat kenyataan surat khabar tentang itu. Tapi pelik tiba-tiba keluar dalam surat khabar.

“Sebab itu saya kata tumbuh tak berdahan,” kata Mohammad Daud pada sidang media di kediaman Menteri Besar di JKR 10 petang tadi.

Berikut laporan penuh Malaysianinsider:

Calon luar: MB mahu teruskan tradisi, Ketua Ulama Kelantan nafi

KOTA BARU, Dis 29 — Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohammad Daud Iraqi menafikan yang beliau pernah membuat kenyataan agar PAS negeri itu hanya memberi keutamaan kepada calon tempatan pada pilihan raya umum akan datang.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nilk Mat pula berkata beliau akan meneruskan tradisi yang telah diamalkan sekian lama.

“Saya tidak pernah buat kenyataan surat khabar tentang itu. Tapi pelik tiba-tiba keluar dalam surat khabar.

“Sebab itu saya kata tumbuh tak berdahan,” kata Mohammad Daud pada sidang media di kediaman Menteri Besar di JKR 10 petang tadi.

Sehubungan itu beliau meminta akhbar bertanggungjawab membuat pembetulan supaya ia tidak terus dibicarakan.

Kata Mohammad Daud, beliau juga tidak pernah dihubungi oleh mana-mana wakil media sebelum berita tersebut disiarkan.

“Saya amat kecewa dengan wartawan yang bersikap begini. Ini satu pekerjaan yang tidak bertanggungjawab.

“Jadi wartawan atau penulis mesti beramanah,” katanya.

Baru-baru ini kenyataan Ketua Dewan Ulama itu mendapat liputan meluas akhbar tempatan sekali gus mendorong Nik Aziz, Mursyidul Am PAS, turut mengulas kenyataan tersebut akan dikaji.

Pemimpin kanan PAS, yang bukan anak Kelantan, tetapi menang di negeri itu termasuklah timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa (Bachok), naib presiden Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan bendahari agung Dr Hatta Ramli (Kuala Krai).

Sementara itu Nik Aziz berkata, “saya hormat pada kenyataan itu kerana disangka benar.”

“Rupa-rupanya kenyataan palsu, bohong,” katanya.

“Saya ulang sekali lagi bahawa betul-betul kerana hormat pada Datuk Ketua Dewan Ulama PAS negeri.

“Sebab itu dalam ulasan saya mengenainya saya ambil jalan tengah, tolak tidak, terima tidak,” katanya.

Bagaimanapun tegas Nik Aziz pada asasnya beliau lebih suka meneruskan tradisi sebelumnya tanpa mengira calon luar atau tempatan.

“Luar negeri, tidak luar negeri, itu bukan prinsip Islam,” katanya yang akan meneruskan tradisi pemilihan calon sebagaimana mekanisme yang telah ditetapkan sebelum ini.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP