Gelaran tu Datuk. Jangan memalukan rakyat Malaysia dan penganugerah Datuk. Jadi kalau rasa tak bersalah dan benar bagai dikata mengapa perlu takut untuk tengok video semula.
(Gambar ambil kat Malaysiakini. Entah la ehsan ke tidak main pakai ambil je Azhar tu yang nampak besar sebelah kanan tu la)
Jangan buat malu rakyat la Datuk. Yang hang pakat ramai-ramai keluar Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang tu merai anugerah punggung lebar ke.
Lepas tu buat sidang akhbar kat luar dewan konon tidak beri kebebasan untuk beliau bersuara. Tuduh pulak orang sekat hak hang nak bercakap kutuk kerajaan Pulau Pinang.
Banyak wayang la Datuk ni. Jangan loyar buruk kat luar dewan. Hang buat kerja dalam dewan pertahan bukti hang tadok niat mahu tunjuk punggung tu kat Dewan bukan kat luar dewan.
Sekarang kena tunjuk bukti Datuk bukan main cakap saja. Itu dewan mulia. Atau hang takut hang tu cakap bohong kat Dewan ke bila orang dapat buktikan hang mahu tunjuk punggung.
Apa hang lagi takut kena gantung Dewan ke? Kalau dapat bukti, hang pulak keras kepala tak mahu mohon maaf nanti dijatuh hukum tidak boleh masuk dewan lebih dua kali. Jadi hang pun takut berlaku macam kat Kota Seputeh ke.
Aku tak tahu la peraturan Dun Penang tu sama atau tidak dengan Dun Kedah tetapi nampak hang macam dah gelabah.
Atau hang ni barangkali keturunan Datuk Adnan Yaacob ke? Atau dah memang kerja orang Umno spesis dia memang sama. Akhlak dan perangai pun jadi sama.
Tetapi dengar kata Datuk Adnan dah bertaubat dah. Suka dengar ceramah agama. Bagus la tu kat rumah dia pun jemput mari bertaranum siap masuk TV9 lagi. Pandai juga Adnan nyanyi lagu arab.
Bagus la tu jadi Datuk Adnan kena nasihat orang Umno kat Pulau Pinang tu jangan buat perangai macam saya yang lama tu. `Malu sangat eh' kat anak-anak dan sekelian rakyat jelata.
Baca laporan lanjut di bawah Datuk Enggan minta maaf, Azhar digantung
Ketua pembangkang di DUN Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim digantung daripada menghadiri sidang dewan itu kerana insiden "tunjuk punggung" yang mendorong semua wakil rakyat BN bertindak keluar dewan.
Azhar (Umno-Penaga) digantung sepanjang sidang dewan sekarang, yang berakhir esok, selepas beliau enggan memohon maaf berhubung tuduhan menunjukkan punggung kepada Sim Tze Tzin (PKR-Pantai Jerjak) semalam.
Azhar dituduh melakukan perbuatan itu ketika hendak keluar dewan setelah Timbalan Speaker Tan Hock Leong mengarahkan beliau keluar kerana enggan menarik balik istilah "dua tiga kerat" semasa membahaskan Bajet 2010 semalam.
Bercakap kepada media di lobi dewan, Azhar mendakwa ia merupakan satu lagi konspirasi Pakatan Rakyat untuk menghalangnya mengkritik pentadbiran kerajaan negeri.
"Saya cuma membongkok untuk ambil beg kerana beg saya berada di bawah, takkan pula saya nak lambung guna kaki dan tangkap, tapi dituduh menunjukkan punggung pula.
"Inilah satu contoh yang ditunjukkan oleh sebuah kerajaan yang tidak bermoral, tidak bermaruah dan tidak sanggup menerima kritikan," katanya.
Sementara itu, Bernama melaporkan, insiden ini bermula apabila Sim yang mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2010 pagi ini membangkitkan isu itu yang kemudiannya mendapat perhatian daripada Speaker DUN Abdul Halim Hussain.
Speaker kemudian mengarahkan Azhar supaya memohon maaf kerana perbuatan itu seolah-olah menghina Sim.
Abdul Halim juga mempelawa Azhar untuk menonton tayangan video kejadian semalam, namun Azhar enggan.
"Saya tidak bersalah, untuk apa saya minta maaf atas perkara yang saya tidak lakukan. Saya ada prinsip dan berpegang kepada prinsip itu," katanya.
Selain Azhar, lapan lagi wakil rakyat BN turut keluar dewan sebagai tanda protes terhadap tindakan yang dikenakan.
Azhar digantung sehingga persidangan selesai esok.
Azhar berkata beliau akan menghantar aduan kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung tindakan yang dikenakan terhadapnya, dan salinan aduan itu dihantar kepada semua Speaker DUN negeri.
-
0 comments:
Catat Ulasan