Anda penggemar makanan segera (fast food)? Segeralah tinggalkan! Kerana di negara asalnya sendiri, fast food sudah lama dianggap sebagai makanan sampah (junk food). Dan sekarang, makanan ini mempunyai sebutan lain, iaitu makanan murah!
Akibat krisis ekonomi yang berpanjangan, banyak jenama besar makanan segera yang menurunkan harga jualan produk mereka. Umpamanya, McDonald dan Burger King yang terpaksa mengiklankan harga makanan hanya 1 US dollar sahaja.
Sebelum ini, syarikat besar makanan segera mengaut keuntungan besar daripada krisis ekonomi kerana orang berminta dengan makanan murah dan cepat. Namun kemudian, orang Amerika mula sedar bahawa harga tersebut sebenarnya mahal.
"Ini adalah situasi ekonomi yang sangat sukar dan makanan segera telah menyusut," kata Ron Paul, Presiden Technomic, sebuah syarikat konsultan. Oleh kerana pengangguran tinggi, katanya, pengguna semakin menyerbu kedai runcit dan memasak sendiri.
Sementara masyarakat dunia ingin kembali memasak di rumah, di nusantara dan juga di negara Arab, mereka berbangga makan di permis makanan segera yang sudah ditinggalkan oleh orang Amerika. (sa/usatoday)
-
0 comments:
Catat Ulasan