Ketamakan setengah pihak ada kala untungkan Islam

>> Isnin, Disember 21, 2009

Kita bukan mahu lindungi orang tamak tetapi jahat setengah mereka memberikan keuntungan kepada Islam.

Kita ambil contoh bagaimana ketamakan orang-orang Barat yang mahu keuntungan besar dan berlipat kali ganda, mahu jadi billionwan segera maka dilakukan perniagaan bawah tanah.

Soal undang-undang melarang penjualan senjata kepada negara dan kumpulan tertentu mereka tidak akan endah kerana mahu untung dan kaya.

Penjualan senjata di pasaran gelap cukup mahal dan individu yang tidak berpeluang jual senjata mengikut undang-undang maka mencari jalan menjual secara pasaran gelap.

Ia cukup laku terutama pihak tertentu yang benar-benar memerlukannya bagi tujuan mempertahankan negara mereka daripada penjajah.

Berita seperti ini sudah perkara biasa bagi kerajaan Amerika menahan pihak menyeludup senjata.

Bagi penyeledup mereka tidak kira asalkan dapat duit. Mereka tidak kira senjata itu boleh makan tuan atau tentera mereka. Itu bukan urusan mereka yang penting wang.

Jadi adanya orang berperangai macam ini sebenar bawa kebaikan juga kepada kita kepada dunia Islam yang tertekan dengan kuasa kufar.

Hamas umpamanya dikepong Israel. Selepas dikepung mereka pula diserang. Jadi adanya penjual senjata orang yang ketamakan tersebut maka untung juga umat Islam di Palestin untuk mereka pertahan diri daripada kazaliman Zionis.

Begitu juga gerakan Taliban di Afghanistan. Mereka perlukan senjata untuk menentang penjajah Amerika. Sedangkan semua negara enggan menjual senjata kepada mereka.

Negara Islam pulak buat tidak tahu je bila Amerika serang negara Islam. Malah mereka ni boleh bersekongkol dengan Amerika srang umat Islam dan jajah negara Islam.

Mereka bukan mahu bantu negara Islam yang kena serang umpamanya bagi senjata ke apa! Malah mereka boleh senyum seronok dengan dikelilingi perempuan-perempuan Barat.

Bagi pejuang Islam bukan boleh mengharap sangat simpati dengan negara Islam lain. Jadi kena usaha sendiri. Maka kita tidak boleh nak salahkan pejuang dapatkan bekalan senjata secara pasaarn gelap, urus niaga cara gelap.

Saya nak ceritanya orang tamak kat Malaysia ni pun sama macam orang Amerika juga nak kaya cara gelap. Sebab itu dia sanggup jual enjin.

Ya la memang kita pun nak marah dia orang ni nak untung sorang. Dia jual tu pun bukan niat nak bantu negara Islam yang menerika tekanan Barat dan PBB tetapi nak duit, kerana duit. Bukan kerana Islam.

Tapi walau macam mana pun ada orang seumpama itu boleh juga menguntungkan negara Islam. Wallahualam...

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP