Terkini 9.49 malam tadi: Polis kepung dewan dan tangkap Jonah

>> Sabtu, Disember 19, 2009

Saya terbaca laporan berikut daripada blog Tukar Tiub, Hishamuddin Rais. Saya rasa bertanggungjawab untuk sebar berita ini kepada pembaca saya maka saya copy and paste di sini.

(Gambar: POLIS ZIONIS ISREAL SEDANG MEMBELASAH RAKYAT PALESTIN)

Berikut laporannya: POLIS MASUK KE DALAM DEWAN

Polis telah mengambil alih Dewan MBPJ Taman Sri Manja – Petaling Jaya.

Ketika laporan ini dibuat – jam 9.38 malam Jummat - anggota polis sedang `berceramah’ entah tentang apa dalam dewan. Di luar dewan orang ramai masih menunggu untuk masuk ke dewan untuk mendengar penerangan tentang kes pembicaraan Anwar Ibrahim.

Satu sidang akhbar telah diadakan beberapa minit tadi oleh Puan Tan Yee Kew ketua Penerangan PKR Selangor, Latiffah Koya – Penerangan Nasional dan Ketua AMK – Shamsul Iskandar. Mereka menuntut agar pihak polis meninggalkan dewan. Ceramah penerangan ini, menurut pemimpin PKR - adalah didalam kawasan yang selamat dan tidak perlu bantuan polis.

Mengikut mereka : polis yang beratus ratus orang ini adaklah lebih baik pergi menjalankan tugas membentras jenayah dari menebeng tak tentu hala di dalam dan di luar dewan.


JONAH KENA REMAN – MALAM INI TIDUR DENGAN NYAMUK DAN PIJAT

Kahirul Anwar a.k.a Jonah masih ditahan di rumah pasong. Peguam Latiffah Koya telah memberitahu umum bahawa esok Jonah akan di bawa ke mahkamah.

Pihak polis akan meminta reman sebanyak 4 hari ke atas Jonah. Awal tadi Jonah telah mengedarkan risalah tentang kes pembicaraan Anwar Ibrahim

(tunggu lanjutan berita dari tt)

Laporan sebelum itu: TERKINI - TER NOW !!! POLIS GEROMBOLAN MENGGANAS

DEWAN DI KEPONG

Awal petang tadi ketua Angkatan Muda Selangor – Khairul Anwar a.ka.a Jonah telah di tangkap oleh polis kerana menyebarkan risalah tentang kes Anwar Ibrahim. Apa terjadi masih belum jelas.

Jam 7.00 petang Jumaat ini berita baru diterima :

Sebanyak 130 orang anggota polis sedang mengepung Dewan MBPJ Taman Sri Manja – Petaling Jaya.

Sebanyak 2 Landrover, 2 buah trakm dan 4 buah kereta polis sedang berusaha mengepong dewan ini.

Pengepungan ini bertujuan untuk menggalkan satu sessi penerangan tentang kes pembicaraan Anwar Ibrahim.

Hingga berita ini ditulis – polis masih lagi mengepung !

dari wartawan TT

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP