Oleh Tulang Besi
Di bawah ini saya telah mendapat satu komen dari puak2 yang teringin sangat nak tidur sebantal dengan UMNO ataupun dari UMNO sendiri.
Dengan ini saya ingin bersumpah. Wallahi Wabillahi Watallahi bahawa tuduhan-tuduhan di bawah ini adalah FITNAH SEMATA-MATA. Dan saya mendoakan mereka yang mempromosi fitnah ini serta mereka yang mencipta fitnah ini serta mereka yang membawa fitnah ini ke sana ke mari supaya Allah SWT menurunkan bala ke atas mereka sebagaimana Allah SWT menurunkan bala ke atas Kaum Nuh dan Kaum Lut.
Anonymous said...
WAHAI PEMBACA SEKELIAN:
INI SATU LAGI PEMBOHONGAN TULANG BESI YANG TELAH DIDEDAHKAN.
so sape....yang cuba sembunyi fakta hai TULANG BESI...jawablah:
Biodata si Tulang Besi yg aku pungut drpd laman TKO, sila rujuk disini
4. Dia merajuk dan pergi keluar negara sambung kontraknya
6.Saya berpendapat Tulang Besi sebenarnya merancang menjatuhkan PR di Selangor. Mungkin dia mendapat habuan daripada UBN.
7. Hassan Ali sebagai serangannya tetapi disebalik itu merosakkan PR keseluruhannya. Jika PAS jatuh di Selangor pada PRU-13 secara langsung PR akan musnah di Selangor.
8. Ada juga maklumat, saya tak berani kata benar, bahawa ada beberapa siri pertemuan antara Tulang besi dengan Khir Toyo di sebuah hotel mewah. Saya harap Batu-Api siasat perkara ini dan mendedahkan dengan fakta yang terperinci.
9. Saya pun ada juga sedikit maklumat yang menyatakan bahawa TB ni mendapat imbuhan dari pihak tertentu didalam kerja " Memudahkan kerja umno ni" imbuhan tersebut dalam bentuk "projek" untuk company beliau dan beliau sendiri ada % diatas nya.
10. Tapi apa yang saya dimaklumkan ada orang tengah antara beliau dan Khir T. Org tengah itu juga dulu selalu sangat ke markas Pas di Taman Melewar, namun sejak selapas 2008 org tengah itu sudah tidak kelihatan di TM. Kalau Batu Api ada kenal kawan2 di TM boleh tlg check, tanyalah sizain, zanal, bakar, rashid janggut dan beberapa org lagi di TM tu.
Yang peliknya sumber fitnah ini datang dari seorang bernama Batu Api. Beliau tidak dapat membezakan antara Unta dengan Kambing. Jadi, orang macam ni, kita nak harap untuk mendapat sumber yang benar? Hahahahaha
Memang saya ada mintak kerja dengan salah sebuah GLC di bawah Dato HAsan satu waktu dulu. Tapi, saya tak pernah merajuk dan tujuan saya meminta kerja semata-mata mahu berkihdmat dengan kerajaan PR dan Islam. Kerja tu pun gaji lebih rendah dari apa yang saya sudah dapati sebelum ini. Apa yang hebat sangat.
Lepas tu ada usaha nak tuduh saya ni rapat dengan Khir Toyo? Apalah bodoh sangat diorang ni. Khir Toyo to rapat dengan Suwardi Yaakob bukan dengan saya. Saya lain, Suwardi lain.
Yang Dato Hasan pergi ke sana ke mari burukkan kerajaan Pakatan Rakyat tu tak merosakkan Pakatan Rakyat ke? Saya ada rekording la. Jangan sampai saya mendedahkan rakaman tersebut. SAYA ADA RAKAMAN DATO HASAN MEMBURUKKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR. Apa awak semua nak cakap sekarang?
Tapi nak buat macamana? Dato Hasan lebih suka Ketua Bahagian UMNO PJ Utara memegang terus syarikat tersebut dari orang PAS seperti saya.
-
0 comments:
Catat Ulasan