Mahathir ikut Tok Guru Nik Abdul Aziz timbul teka teki

>> Selasa, Disember 01, 2009


Sebelum ini Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan menimbulkan persoalan dan teka teki kepada orang ramai siapa dia `Kolonel Mat' tetapi kali ini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir juga tidak mahu terlepas daripada spekulasi menamakan bekas pemimpin Umno yang kanan. Siapa dia ya? Kalau seorang lagi bekas Perdana Menteri ke 5, Tun Abdullah Ahmad Badawi belum jadi bekas Umno lagi.

Mahathir sudah masuk Umno balik. Bagaimana dengan Tengku Razaliegh Hamzah? Dia pun sudah masuk Umno dan bubar Semangat 46. Siapa dia kalau bukan orang yang merayu mahu masuk Umno. Lagipun Mahathir memang buat kawan dengan dia dan dia pun memang suka menjilat, mengampu, membodek dan segala macam sekuku dengan istilah itu. Hari ini dia hadir tengok orang berdemo di Kota Bharu suruh Tok Guru letak jawatan.

Kalaulah dia mungkin boleh jadi pasal dia masih lagi bekas tetapi sedia ke PAS terima beliau setelah banyak kecaman dibuat keatas PAS. Beliau tidak kata pun mahu masuk PAS tetapi takat sokong tu, PAS boleh maaf. Nanti pandailah berpolitik bagaimana nak pusing kepada pemimpin PAS supaya boleh sokong dia balik.


Kalau yang lama dah tak boleh terima kena cari baru hok yang mana boleh terima. Itulah sebab demo hari ini tidak boleh jadi leader lagi, bagi orang lain. "Kalau jatuh Nik Aziz selamat politik aku kalau Nik Aziz kekal aku yang maut," agaknya itu terdetik hati orang tu.

Bagaimanapun siapa yang tahu lebih tepat tentang orang itu lebih baik tanya sendiri Mahathir melalui blognya kalau dia nak jawab dan nak bagi tahu kerana itu hak beliau. Begitu juga dengan Tok Guru. Itu hak mereka. Tok Guru juga menimbulkan teka teki ada pihak yang mahu menjatuhkan beliau dan kerajaan Kelantan dengan gelaran yang dipanggil Kolonel Mat. Tok Guru bagi gelaran, kalau ada yang terasa dia punya pasal. Siapa makan cili dia rasa pedas.

Ada orang bertanyakan saya siapa dia? Saya jawab kalau Tok Guru nak bagi tahu dia boleh panggil media. Kalau tak nak panggil media dia boleh tulis dalam blog. Anak beliau Nik Abduh pun kaki menulis dan ada blog. Dia boleh dapat maklumat awal dari ayahnya dan blognya paling hits. Jadi jelas Tok Guru tak mahu bagi tahu. Jadilah dia teka teki. Mungkin ada hikmahnya. Kalau selama ini orang dok serang tok guru kali ini biar dia dok fikir teka teki tu. Carilah sampai lubang cacing kalau hang tere sangat.

Bawah ni hak aku copy & paste dari blog Mahathir. Dia bagi tajuk Umno, dapat harakah bagi tajuk panas sikit la. Itulah persepsi. Kalau baca blog Mahathir seolah mahu selamatkan Umno tetapi bila baca harakah mahu negetifkan Umno. Ini pembaca blog kena faham.

Setelah agak lama berehat sambut raya jadi ada kelapangan ni saya ingin memulakan kembali tulisan. Lagipun isu banyak panas ni. Rugi tak tulis, rasa hati tu tak puas. Bila dah tulis tu ringan sikit perasaan. Bukan nak hits tapi nak lepas geram tapi nawaitu Insya Allah sama-sama kita jaga.

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP