Najib kecewa dengan timbalan menteri dan ahli parlimen BN

>> Jumaat, Disember 18, 2009

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tuan Razak akan mengambil tindakan kepada timbalan menteri dan ahli parlimen Barisan Nasional (BN) kerana gagal menghadiri sidang Dewan Rakyat terutama semasa malam 14 Disember lalu.

Beliau melahirkan kekecewaan kerana ramai ahli parlimen BN gagal menghadari sidang Dewan Rakyat pada hari pengundian belah bagian bagi meluluskan Bajet 2010.

Sementara itu sehingga kini tidak pula diketahui tindakan yang akan diambil pakatan rakyat terhadap ahi parlimen mereka yang gagal hadir semasa undian belah bagian diadakan.

Kegagalan ahli parlimen pakatan rakyat berada di Dewan Rakyat pada tarikh tersebut membuat perancangan tergempar untuk menjatuhkan BN gagal.

Kesempatan telah terbuka luas ekoran kelalaian ahli parlimen BN sebaliknya penyakit kealpaan itu turut berjangkit kepada ahli parlimen pakatan rakyat.

Sekiranya ahli parlimen pakatan rakyat sentiasa peka dan memahami kepentingan bajet mungkin rakyat akan melihat perubahan besar yang berlaku dalam politik negara.

Sebaliknya ahli parlimen pakatan rakyat lebih pentingkan urusan peribadi daripada kepentingan politik pakatan rakyat. Jika sekranya ada yang lepak atau berehat di rumah seperti ahli parlimen BN pada tarikh tersebut maka memang patut ahli parlimen tersebut dimaki.

Berikut berita penuh Malaysiakini:

Tindakan terhadap ahli parlimen BN ponteng

Datuk Seri Najib Razak berkata kegagalan ramai ahli parlimen BN hadir pada sidang Dewan Rakyat bagi meluluskan Bajet 2010 awal minggu ini sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan tindakan sewajarnya akan diambil.

Sambil memandang serius perkara itu, perdana menteri dilaporkan berkata arahan sudah diberikan supaya semua timbalan menteri dan ahli parlimen hadir pada persidangan itu.

"Saya sudah dapat senarai mereka yang tak hadir dan kita akan menyusulinya dengan tindakan sewajarnya.

"Sekurang-kurangnya kita kena buat satu perjumpaan untuk mengingatkan tanggungjawab mereka untuk hadir pada persidangan Parlimen," Najib dipetik berkata pada sidang media bersama wartawan Malaysia di Copenhagen malam tadi.

Beliau mengulas majoriti tiga undi saja bagi meluluskan Bajet 2010 menerusi undi belah bahagian, iaitu 66 menyokong dan 63 menolak.

Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, terpaksa bergegas dari majlis di ibu negara untuk memastikan Bajet 2010 diluluskan dalam undian pada 11.15 malam Isnin lalu.

Seramai 74 ahli parlimen BN tidak hadir di Dewan Rakyat ketika bacaan kali ketiga Bajet 2010 untuk kelulusan.

Kehadiran ahli parlimen BN cuma 48 peratus, iaitu 66 daripada 137 anggota, berbanding 77 peratus anggota pembangkang, iaitu 63 daripada 82 anggota.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP