Masyarakat dunia harus lebih berwaspada dengan Amerika Syarikat dan Israel daripada Iran dalam soal pembangunan nuklear.
Ini kerana perkembangan nuklear Iran sudah mengikuti kerangka dan peraturan kesepakatan non-proliferasi atau NPT (Nuclear Non-Proliferasi Treaty).
Perkara tersebut dinyatakan intelektual AS, Noam Chomsky dalam ceramahnya di Universiti Boston, Selasa lalu (8 Disember).
Ceramahnya yang bertajuk "Obama, Timur Tengah dan Prospek Perdamaian" Chomsky mengatakan bahawa pihak awam sepatutnya lebih khawatir terhadap sikap AS dan Israel dalam masalah nuklear.
"Iran tidak pernah mengancam dunia untuk mengerahkan kekuatan nuklear dan diketahui umum bahawa Iran tetap mematuhi peraturan dalam NPT. Semua negara seharusnya menyelesaikan masalah nuklearnya berdasarkan kerangka NPT," kata Chomsky.
Oleh sebab itu, tambah beliau, resolusi seharusnya diarahkan kepada AS dan Israel kerana kedua negara tersebut sentiasa konsisten mengerahkan kekuatannya dan mengugut serta mengancam negara lain dengan kehebatan nuklearnya.
"AS dan Israel adalah negara yang menjadi kebiasaan dan berulang kali melakukan agresif, menginvasi dan menjajah negara lain. Keduanya juga sering melakukan keganasan serta kekerasan," ujar Chomsky.
Dalam ceramahnya, Chomsky juga mengatakan bahawa pemerintah AS dan media massanya terlalu berlebihan dalam menyebar laporan tentang program nuklear Iran.
"Ada propaganda yang masif untuk menggambarkan Iran dengan menyebut Iran sebagai ancaman besar bagi perdamaian dunia. Propaganda menyesatkan itu sudah berlangsung selama tiga tahun belakangan ini," katanya.(ln/prtv)
-
0 comments:
Catat Ulasan