Hujung tahun di Kuala Lumpur tidak sama dengan Terengganu. Di Kuala Lumpur suhu dan hawa sentiasa panas sahaja ditambah lagi dengan orangnya yang sentiasa panas baran.
(Gambar ni ambil kat http://zukeri.fotopages.com/ dia ada juga cerita hal jalan ni. Nanti ada masa kita boleh cerita tentang jalan ni)
Rumah batu yang sudah ganti pokok hijau, kenderaan bertali arus tidak berhenti-henti dan kilang berasap sampai ke langit biru membuatkan tinggal di Kuala Lumpur makin pening dan rimas memanjang.
Hati tidak tenang dan perasaan sudah bertukar jadi sentiasa kelam kabut. Ditambah lagi dengan hati yang tidak pernah ingat masjid lagi mahu berasap sahaja jiwa.
Air-con Kuala Lumpur kalau boleh mahu 24 jam. Itu pun tidak mahu sejuk lagi kerana kita tengok pada zahir mereka pakai kot, tebal, smart, kemas dan bergaya tetapi hati dalam mendidih.
Tidak tahu Kuala Lumpur ini lain daipada yang lain. Panas tidak kerauan, mungkin asap neraka kot.
Sahabat saya bekerja di Bangunan Daya Bumi, seminggu sekali balik kampung. Barangkali tidak tahan panas Kuala Lumpur atau kerana keluarganya iaitu isteri dan anak masih lagi tinggal di kampung, saya tidak tahu tetapi pendek kata tiap seminggu sekali kena balik.
Dengar cerita beliau akan bawa isteri dan anak pindah ke Kuala Lumpur. Barangkali sudah tidak tahan berulang. Namun begitu dia pun tidak mahu dok Kuala lumpur dan pilih pinggir Kuala Lumpur. Macam saya juga la. Mungkin nak elak asap neraka.
Hari ni agak sentimental sikit menulis. Entah kenapa mungkin selepas dengan anak bercerita di kampung Kemaman Terengganu sekarang asyik hujan memanjang, perasaan jadi syahdu teringat kenangan lama musim tengkujuh. Biasa la jadi orang tua ni hati sensitif, mudah terasa.
Bagaimanapun kata orang sensitiviti kita tak timbul kalau kita lali atau sudah kebiasaan. Mungkin juga ya, sebab itu orang kampung tidak terasa besar nikmat itu kerana sudah alah biasa. Yang terasa sangatnya kita ni kerana lama tak rasa nikmat musim tengkujuh. "Ohhh! alangkah nikmatnya dengan suasana dingin dan nyaman."
Apa lagi bila dengar anak kita kata: "Sejuk! rasa nak tidur je. Bila bangun perut lapar. Rasa nak makan je." Mungkin juga nikmat dan seronok itu ada pada budak-budak. Ya la macam hari raya, kita rasa biasa tetapi dia beria-ria.
Namun begitu, sebenarnya musim tengkujuh memang seronok. Kalau dok dalam rumah tak payah pasang air-con. Itu pun kalau rumah kayu sebab ia terikut hawa atu suhu luar rumah.
Kalau hari-hari hujan sudah tentu suhu boleh turun 24 darjah celcius. Kalau di Kuala Lumpur suhu macam tu boleh rasa bila duduk dalam air-con sahaja tetapi di belah Terengganu atau Kelantan boleh menikmati suhu tersebut dalam musim ini.
Bagi suasana tropika ni suhu tersebut memang sudah cukup nikmat, nyaman dan dingin. Masa buak-budak dulu masa macam ni asyik berbungkus dengan kain pelikat. Peliknya perut tu rasa lapar memanjang.
Sekarang ni banyak rumah di kampung pun sudah jadi batu. Jadi bila dok dalam rumah tak terasa sangat hawa tengkujuh. Rumah batu ni bila malam hawanya rimas semacam. Sebab itu kita jadi rakyat keliru dalam banyak hal sama ada pada Islam kita atau politik sekeling kita.
Tambah seronok bila dengar air naik di Jalan Air Pueth, Kemaman, dekat Kampung Sungai Sungai Pinang dah naik air, banjir.
Bila tulis ni teringat banjir tahun 1971. Banjir besar mengingatkan sahabat saya yang sudah meninggal Allahyarham Ibrahim Mond Nor. Dia ni boleh dikatakan pakar selam dan berenang. Kalau teringatkan wajahnya memang dia cukup suka dengan banjir. Biasa la masa bebudak.
Entah kenapa hari ni tergerak nak tulis tentang banjir. Mungkin pasal orang tv ni asyk larang orang main banjir tetapi dia tidak tahu nikmat banjir. Larang macam mana sekali pun tetapi yang terpampang di kaca tv orang tetap ramai main air banjir. Orang tv tahu apa `seronok tak terkata'.
Bagaimanapun keselamatan kena jaga juga tetapi jenis yang main air ni biasanya pandai dan tahu jaga keselematan diri. Biasanya yang tak selamat itu kerana hendak selamatkan diri. Wa Allahuaklam.
-
0 comments:
Catat Ulasan