Lelaki suka hisap, wanita ketagih makan

>> Sabtu, Disember 05, 2009

HANOI: Wanita Kemboja hamil sering mengunyah tembakau apabila terasa loya pada waktu pagi dan ramai yang menjadi ketagih, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kaji selidik mengenai pengambilan tembakau di Kemboja mendapati hampir separuh daripada wanita melebihi 48 tahun sering mengunyah tembakau dan seorang daripada lima wanita luar bandar mula ketagih ketika mengandung, bagi meredakan rasa loya.

Kajian juga mendapati bidan adalah pengguna terbesar tembakau tanpa asap dan 68 peratus mengunyahnya. ”Mengunyah tembakau banyak dipengaruhi kepercayaan turun temurun,” kata penulis utama kaji selidik berkenaan, Dr Pramil N Singh dari Universiti Loma Linda, California. -AP

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP