Palestin 10 Feb: Negara Palestin yang wujud sekarang sebahagian daripada wilayah Tebing Barat dan Semenanjung Gaza akibat daripada penjajahan Yahudi menyebabkan ada warga keturunan Arab tertinggal dalam wilayah rejim haram Israel kerana hak tanah mereka.
(Gambar arkid: Orang Arab diusir Yahudi)
Mereka inilah yang mahu diusir oleh Zionis dengan cara menyita tanah mereka. Malah usaha mereka mendapat sokongan 75 peratus orang Yahudi sebagaimana keputusan pool yang dibuat oleh saluran televisyen Israel Knesset.
Jejak pendapat itu menyatakan bahawa 75% daripada orang Yahudi mendukung pengusiran warga Arab (Palestin) yang diduduki Israel sejak tahun 1948 ke negara Palestina dalam kerangka kesepakatan antara Israel dan Palestin.
Pool ini dilakukan oleh lembaga survey `Baniels Research Institute' mengambil pendapat 668 koresponden yang mewakili masyarakat sederhana Yahudi di Israel, dengan tingkat kesalahan (margin error) tidak melebihi 3,7%.
Para koresponden ditanya pendapatnya mengenai pengusiran warga Arab ke untuk wilayah negara Palestin, bila hal itu terjadi dalam kerangka kesepakatan untuk mendirikan negara Palestin, hanya 25% daripadanya menjawab bahawa mereka menolak gagasan itu sama sekali.
Daripada 75% koresponden yang menyokong pengusiran orang Arab, 28% menyatakan harus dilakukan pengusiran terhadap seluruh warga Arab di Israel, sementara 19% mengatakan mereka mendukung pengusiran orang Arab yang tinggal di daerah Matsulats, sedang 28% mengatakan bahawa pengusiran harus dilakukan berdasarkan tingkat kesetiaan atau ketidaksetiaan mereka kepada Israel.
Sebanyak 50% responden percaya bahawa warga Arab, mereka mewakili nasionalisme Palestin, begitu juga sebaliknya. Kemudian baru mereka mengidentifikasi diri mereka sebagai "orang-orang Israel." Sementara 40% responden mengatakan bahawa warga Arab Israel hanya mengidentifikasikan nasionalisme Palestin sahaja. Sebanyak 1% responden mengatakan mereka percaya bahawa orang Arab adalah warga Israel yang hanya mengidentifikasikan "nasionalisme Israel".
Majoriti orang Yahudi mengatakan bahawa hak warga negara Arab untuk tetap tinggal di rumah mereka tidak boleh diterima begitu saja. Walaupun demikian, 52% responden menilai bahawa pemerintah Israel tidak melakukan diskriminasi terhadap orang Arab, sementara 43% responden mengatakan pemerintah Israel melakukan diskriminasi terhadap orang Arab.
-
0 comments:
Catat Ulasan