Pasal apa Umno suka yang tidak sah

>> Sabtu, Februari 06, 2010

Kalau kahwin tidak sah kena pisah. Bagi biar sampai sah nak kena ikut peraturan kahwin. Undang-undang kahwin. Hukum kahwin. Syarat sah kahwin. Baru kahwin jadi sah. Orang bukan Islam baik Kristian atau Hindu pun ada peraturan dan ikut peraturan kahwin bagi sah. Hanya Umno sahaja yang ada undang-undang tetapi tak mahu ikut undang-undang sebab dia suka yang tidak sah.

Kita tengok sembahyang pun ada undang-undang, peraturan atau hukum supaya bagi jadi sah sembahyang tetapi apa punya pelik manusia sudah tahu ada hukum dan undang-undang sembahyang tetapi dia tidak mahu ikut peraturan sebaliknya dia langgar bagi tak sah sembahyang. Dia lawan, dia kata sembahyang itu kena ikut dia. Patut ke...

Lebih haprak lagi ada demokrasi tetapi Umno main langgar rampas negeri Perak macam lanun. Undang-undang ada bagi keadilan kepada rakyat hak mana kerajaan yang dia nak sama ada pakatan rakyat (PR) ke atau Barisan Nasional (BN) tetapi dia mahu ikut pasal dia suka dengan kerajaan yang tidak sah.

Kenapa begitu sekali dengan Umno ya? Nak tahu pasal apa. Pasal dia anak haram. Alamak! Hang pukul rapat Umno nooo... Ya la mana ada Umno. Umno itu haram yang ada Umno Baru.

Laporan berkaitan Malaysia Insider:

Ku Li: Tiada peruntukan untuk bayaran wang ihsan
Oleh Neville Spykerman

KUALA LUMPUR, Feb 5 — Tengku Razaleigh Hamzah berkata tiada peruntukan dalam undang-udang ataupun perjanjian yang membolehkan Petronas untuk membayar wang ihsan berbanding royalti minyak yang sepatutnya.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan sama ada bayaran wang ihsan adalah sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang atau perjanjian.

"Ada yang mengatakan ini kemungkinan bayaran yang tidak sah. Saya bukan seorang peguam untuk menentukan perkara ini," kata Ahli Parlimen Gua Musang ini kepada pemberita di sini hari ini.

Pengasas Petronas dan bekas menteri kewangan menjadi serangan segelintir pemimpin Umno yang mengesyorkan agar beliau dikenakan tindakan disiplin ekoran kenyataannya minggu lalu bahawa Kelantan berhak menerima wang royalti lima peratus, bukannya wang ihsan.

Tengku Razaleigh memberitahu bayaran wang ihsan kepada Terengganu juga dibuat kepada pihak yang salah berbanding pihak yang dinamakan di bawah Seksyen 4 Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan syarikat itu seharusnya menghormati perjanjian dengan kerajaan-kerajaan negeri.

“Di bawah akta ini, bayaran tunai harus dibuat kepada kerajaan negeri berkenaan dan bukannya mana-mana pihak jika bayaran hendak dibuat," kata beliau.

Di Terengganu, kata beliau, wang ihsan disalurkan kepada Masjid Kristal, kolam renang yang bocor, stadium yang runtuh, makmal sekolah yang runtuh, stesen bas yang runtuh dan piala monsun.

Kata beliau masalah ini mesti dibetulkan.

Oleh itu beliau mengesyorkan agar Majlis Penasihat Petroleum Nasional yang diperuntukkan di bawah Akta Pembangunan Petroleum mesti ditubuhkan.

Jelas Tengku Razaleigh, keanggotaan majlis itu harus terdiri daripada kalangan pemimpin nasional yang akan memberi nasihat kepada perdana menteri.

Kata Tengku Razaleigh, pendiriannya dalam isu ini bukan soal politik tetapi mahu memastikan pelaksanaan ada betul.

Katanya, ada undang-undang dan perjanjian antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri, bukannya dengan Petronas yang harus diikuti.

"Kerajaan persekutuan tiada peranan dalam hal ini. Isu royalti adalah kerajaan negeri dan Petronas," kata Tengku Razaleigh kepada soalan sama ada ia telah dipolitikkan.

Beliau menambah Petronas tidak harus ikut arahan daripada ahli politik tetapi selaras dengan undang-undang.

Tengku Razaleigh berkata beliau menyokong keengganan kerajaan negeri Terengganu untuk menerima bayaran sehingga isu itu dibetulkan.

Bayaran royalti diubah menjadi wang ihsan pada tahun 2000 apabila PAS mengambil alih kerajaan negeri dan wang itu disalurkan kepada negeri menerusi pelbagai agensi yang berakhir dengan dakwaan penyalahgunaan.

Oleh itu katanya mereka yang bertanggungjawab harus disiasat.

Mengenai kes Kelantan, kata beliau ada pihak rasa segan dengan tawaran kerajaan mahu salurakan wang ihsan.

"Mereka tawarkan RM20 juta sedangkan syarikat rokok beri RM50 juta hingga RM100 juta untuk menaja acara sukan," katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP