Apa hal peguam PAS main isu tidak berpijak dibumi

>> Rabu, Februari 10, 2010

Kuala Lumpur 10 Feb: “Mungkin kenyataan saya dengan dia (Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang) sama, cuma wartawan buat kacau,” kata Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Nik Aziz yang tidak menolak kemungkinan kenyataan Hadi sebenarnya senada dengannya, namun ia mungkin diputar belit oleh wartawan.

(Gambar Hanipa: Dulu dia paling kedepan isu murtad dan mengutuk pemerintahan Umno yang menyebabkan beribu orang murtad berdasarkan kenyataan Mufti Perak yang kata 6 ribu orang Melayu murtad. Sekarang dia mintak mufti itu buktikan 6 ribu orang murtad)

Sehubungan itu, ahli PAS menyifatkan kenyataan kedua pemimpin itu tidak ada perbezaannya cuma Nik Aziz melihat kepada Islam sedangkan Abdul Hadi memperluaskan skop kerana Islam itu syumul merupakan ad-din merangkumi kehidupan sejagat. Persoalan yang timbul apabila laporan Bernama cuma menyelewengkan kenyataan Nik Aziz maka statement balas Abdul Hadi dilihat oleh setengah pihak yang jahat terutama pemimpin PAS sendiri mengungkit kembali isu kerajaan perpaduan kerana itu ia jadi hangat dan panas kembali.

"Apa salahnya kita bermuzakarah. Kitakan parti dakwah dan menjadi kewajipan kita mendakwah golongan pemimpin berkuasa, orang awam dan bukan Islam sebagaimana mengambil pendapat Dr Abdul Karim Zaidan, ketua gerakan Islam di Iraq. Tidak sentuh langsung pun soal kerajaan perpaduan.

Soalnya kenapa kita perlu terikut sentimen setengah pemimpin PAS dan penulis blog yang bodoh. Walaupun dia peguam sekalipun tetapi dia telah ulik perasaan sendiri dengan andaian yang bukan-bukan dan terpengaruh dengan tulisan blog. Pada satu ketika dia berkata tidak boleh berhukum atas dasar andaian. Apa lagi andaian itu tidak boleh dibuktikan," ujar mereka.

Abdul Hadi dipetik berkata, PAS sudah lama bersedia untuk berdialog dengan Umno dan Barisan Nasional (BN), bukan sahaja dalam isu Islam tetapi juga soal berkaitan kepentingan rakyat.

Sebagai contoh kata Hadi, pihaknya sudah menghadiri dialog di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) bulan lalu, yang merupakan salah satu badan di bawah kerajaan dan ramai pemimpin Umno hadir dalam dialog berkenaan.

“Dan kita telah memberi pandangan kita berhubung isu penggunaan kalimah Allah ini. Kita sudah lama terbuka dengan semua termasuk dengan Umno. Kita juga sudah bersedia untuk berdialog bukan sahaja isu kalimah Allah tapi semua isu melibatkan ekonomi, sosial, kebajikan dan sebagainya,” kata beliau.

Sementara itu Nik Aziz menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya hanya bersedia duduk semeja dengan Umno bagi membincangkan soal agama tanpa melibatkan isu lain.

Pemehati dan penulis blog melihat ketegasan itu bercanggah dengan pandangan Abdul Hadi, pada Sabtu lalu bahawa PAS sudah lama bersedia untuk berdialog dengan Umno bukan sahaja dalam isu Islam tetapi juga soal berkaitan kepentingan rakyat.

Kata Nik Aziz, kenyataan beliau jelas dan tidak mahu mengulas lanjut mengenai pendirian Hadi.

“Saya tidak mahu campur tangan urusan orang lain, saya hanya hendak perbetulkan kenyataan saya sahaja. Yang lain itu dia punyal pasal,” kata beliau.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, perbincangan tersebut hanya akan membabitkan kepada persoalan iaitu mengapa Umno tolak Islam dan PAS. Idea itu pertama kali dibangkitkan oleh Nik Aziz pertengahan minggu lalu.

Dalam pada itu peguam PAS Hanipa Maidin menulis bahawa “tidak cukup dengan keputusan jawatankuasa disiplin yang memeningkan kita dan menjadi bahan ketawa abad ini, kini timbul semula isu muzakarah PAS dengan Umno.”

“Sekejap ada sekejap timbul. Sekejap ada sekejap timbul. Apa lagi kalau bukan muzakarah PAS dan Umno?

“Sekejap UG (kerajaan perpaduan), sekejap muzakarah. Sekejap muqabalah. Lepas ini apa pula, kita pun tidak tahu,” kata Hanipa sambil menambah beliau yakin rakyat sudah muak dengan isu ini.

“Jika saya tidak bersama PAS, sudah tentu saya orang pertama yang paling muak dan meluat dengan isu ini dan muak kepada kedua-dua parti politik yang membangkitkan isu ini,” katanya.

Tegur beliau mengapa PAS tidak serik-serik membangkitkan isu ini sedangkan “tiada angin tiada ribut.”

Justeru soal beliau bukankah lebih baik kalau PAS menggunakan strategi untuk memperkuatkan Pakatan.

“Saya rasa terpanggil ingin menegur pemimpin PAS tidak kira setinggi mana pun jawatan mereka dalam parti. Biarlah orang PAS marah saya daripada rakyat marah kepada PAS dan menghukum PAS selepas ini.

Sambil berkata “takkan kita masih tidak kenal Umno!”, kata Hanipa, kerajaan perpaduan atau muzakarah, bagi rakyat yang sudah meluat dengan Umno, PAS dilihat sentiasa memberi nafas kepadanya jika isu kerajaan perpaduan atau muqabalah atau muzakarah dibangkitkan.

“Meluat rakyat ada hadnya. Jangan sampai PAS berani-berani menghampiri had itu. Jika rakyat meluat kepada kita, jangan marah mereka marahlah kepada diri kita sendiri,” katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP